Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all 70 articles
Browse latest View live

SOLAWAT EDISI 2 - 2014

$
0
0
Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. 





dan semakin banyak orang berzikir, bersolawat dan memuji Nabi Muhammad SAW, maka Allah SWT akan menjauhkan kita, kawasan kita, kawasan- kawasan sekitar dari musibah dan digantikan dengan curahan rahmat dan anugerah daripada Allah SWT...

SOLAWAT EDISI 3- 2014

$
0
0

Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. 




Ketika Sayyidatina Aisyah RA sedang menyulam baju, lampu tiba-tiba mati dan jarum yang digunakannya terjatuh. Rasulullah صلى الله عليه وسلم lantas masuk ke dalam rumah, lalu mendesak bercahaya rumah tersebut. Sayyidatuna Aisyah RA dapat melihat jarum yang terjatuh tersebut. 


Beliau berkata kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم; Alangkah bercahaya wajahmu ya Rasulullah. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata; Celakalah mereka yang tidak dapat melihat wajahku di akhirat kelak. Ditanya Sayyidatuna Aisyah RA kepada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang siapakah mereka yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. 


Maka jawab Rasulullah ; Mereka yang apabila disebutkan namaKu tidak mahu berselawat kepadaKu.

UMRAH HARI 1 @ 23- 03- 2014

$
0
0

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 


Segala puji kepada Allah, pemilik sekalian alam, hambaNYA yang bertaqwa senantiasa memohon berkat penuh keimanan, sumber barakah dan keampunan.

Solawat serta Salam dipersembahkan kepada junjungan besar, penyudah Nabi dan Rasul seluruh alam, Nabi Muhammad SAW, juga kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan juga mereka yang mengikuti beliau hingga ke hari kiamat. Aamiin.

Alhamdulilah, tahun 2014 saya dan keluarga telah di jemput sebagai tetamu Allah SWT untuk mengerjakan Umrah dan Ziarah ke Madinah Al- Munawarrah dan Mekah Al- Mukarammah.

Disini saya catatkan dan kongsikan serba sedikit beserta gambar kenangan, semoga hasil yang sedikit ini akan memberi barakah kepada kita semua. Aamiin.

Salam hormat daripada saya yang mengharapkan ehsan daripada Allah SWT ~ ARJ







Persiapan pakaian & barang- barang untuk mengerjakan Umrah semua dah disiapkan lebih awal, agar tidak tergesa- gesa atau kalut nanti. Mengikut nama masing- masing agar tidak tertukar. Tiap seorang bawak- 1 Luggage, 1 Trolley Bag &1 Sling bag. Alhamdulilah cukup untuk perjalanan 11 Hari/ 10 Malam...









Jemaah diminta berkumpul di LCCT, Sepang 3 jam sebelum berlepas.

Imigresen... check passport






                           Para jemaah Umrah menaiki Air Asia X, dari LCCT, Sepang. 




         Semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan Umrah ini... Aamiin :)









UMRAH HARI KE 2 @ 24- 03- 2014

$
0
0

Alhamdulilah para jemaah semua selamat mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah.


Penerbangan mengambil masa selama 9jam 30minit.




Selepas hampir 1jam setengah berurusan di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah para jemaah dibawa menaiki bas yang siap menunggu untuk ke Tanah Haram Madinah Al- Munawarrah.

Pemandangan sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Madinah :)




Para jemaah berhenti solat jamak zohor & asar di Wadi Firaq.
Makan tengahari juga disediakan disini dengan menu Nasi Arab :)



Alhamdulilah... saya makan ni sahaja ...



kemudian perjalanan diteruskan menuju Madinah Al- Munawarrah...



Sewaktu memasuki Kota Madinah, Mutawwif akan membaca doa bersama- sama para jemaah:-

Ertinya: Ya Tuhanku, sesungguhnya tanah haram ini adalah tempat nabi Engkau Muhammad SAW dan Engkau telah menjadikan ia tanah haram menerusi kenyataan lisan nabi Engkau SAW, maka aku pohonkan dengan kemuliaannya, jadikanlah dia sebagai perisai bagi diriku daripada api neraka dan keamanan daripada perhitungan yang tidak baik pada hari qiamat...


Alhamdulilah, setelah hampir 7 jam perjalanan, kami semua selamat tiba di Tanah Haram, Madinah Al - Munawarrah.."Ya Rasulullah kami rindu akan mu"...

Hati merasa sangat tenang, mendamaikan serta ditambah dengan kedinginan cuaca apabila kaki memijak bumi Tanah Haram Madinah Al- Munawarrah... Allahu Akhbar !!!



Kami sekeluarga mendaftar masuk di Mubarak Silver Hotel, Madinah Al- Munawarrah. 





Dari hotel kami dah boleh nampak bumbung & Masjid Nabawi. Jarak dari hotel kurang dari 200 meter... Subhanallah !!!



ARJ BLOG

$
0
0






Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Selawat serta Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarga Baginda, Para Sahabat & mereka yang mengikutinya hingga hari kiamat.

Alhamdulilah, hasrat untuk berhenti dari kerja makan gaji kepada bekerja sendiri pada usia sebelum 40 tahun tercapai apabila menjadi Perunding Unit Amanah di Syarikat No. 1 di Malaysia iaitu Public Mutual.

Pada tahun 2010, saya bermula dengan separuh masa di Public Mutual sebagai Perunding Unit Amanah dan 2 tahun kemudiannya saya melakukan secara sepenuh masa dalam bidang Unit Amanah ini.

Alhamdulilah, walaupun secara separuh masa, namun saya tetap berpeluang melancong ke luar negara secara PERCUMA bersama Public Mutual. Latihan berkaitan kewangan dan Unit Amanah juga disediakan oleh pihak syarikat secara PERCUMA. Jika bayar pun serendah RM10.

Pelbagai pengalaman akan saya kongsikan & curahkan ke dalam blog saya, insyaAllah.

Terima kasih diatas kesudian meluangkan masa di blog saya.

Semoga sahabat2 sekalian senantiasa berada didalam lindungan kasih- NYA... Aamiin.

Wasallam ARJ :)


MOTIVASI DIRI EDISI 2- 2014

UMRAH HARI KE 3 @ 25- 03- 2014

$
0
0




~ ZIARAH DALAM ~





Selepas sarapan, jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah SAW dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’.



 
Mutawwif sedang memberi penerangan tentang sejarah sekitar Madinah & Masjid Nabawi.

 



Setibanya di Masjid Nabawi masuklah ke dalam masjid dengan melangkah kaki kanan sambil membaca:

Ertinya: Dengan nama Allah dan diatas agama Rasulullah ya Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku dari pintu kebenaran ya Tuhanku, berikanlah kepadaku dari sisimu hajat keterangan serta kekuasaan yang menolongku. Ya Allah ya Tuhanku, selawat dan rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya. Ampunilah dosa- dosaku dan bukakanlah pintu- pintu rahmat- Mu padaku dan masukkan daku ke dalamnya wahai Tuhan yang Maha Mengasihani.



Kami dibawa masuk melalui  Pintu 1 Babu Salam (As- Salam Gate).




di belakang saya itulah terletaknya maqam Rasulullah SAW, Sayyidina Abu Bakar &  Sayyidina Umar r.a... sebaknya tatkala ini. "Ya Rasulullah, kami rindu padamu"...





Selepas menziarahi maqam Rasulullah SAW, Saiyidina Abu bakar, Sayyidina Umar r.a, maka masuklah ke Raudhah dan dirikanlah solat sunat "mutlaq' dua rakaat...


Kelebihan solat di Masjid Nabawi, sabda Rasulullah SAW:

“Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain- lain masjid kecuali di Masjidil Haram”










Sekitar Masjid Nabawi @ Masjid Nabi...














Perkuburan Baqi' ...









SOLAWAT EDISI KE 4- 2014


SOLAWAT EDISI 5- 2014

$
0
0

Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. 



Seoul Central Mosque, Korea.



GUANGZHOU, CHINA 2012

SELAGI ADA WAKTU

$
0
0



sementara ada kesempatan pagi ni, bawak Apak gi gunting rambut dulu kat Taman Mulia... Pak Tan yang ensem... :)





siap bagi tisu basah lagi.. ingat kat restoran jer hihihi...

SOLAWAT EDISI KE 6- 2014

$
0
0



Segala puji sanjungan itu kepunyaan Allah SWT, Solawat serta Salam ke atas junjungan besar dan penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang kami muliakan. Juga ke atas kaum keluarga Baginda, para sahabat Baginda dan juga mereka yang mengikutinya hingga hari kiamat...

SOLAWAT EDISI KE 7- 2014

$
0
0







Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad

GULAI IKAN SEMBILANG

$
0
0






Sarapan pagi Nasi & Gulai Ikan Sembilang. Jika sahabat2 sekalian berada di Simpang 3, Kuala Kurau, Perak pastikan singgah di gerai2 yang berdekatan... Memang Sedap !!!  

PRAY FOR GAZA !!!

$
0
0



PRAY FOR GAZA !!!






bersama sahabat- sahabat TM, semasa ekspedisi mendaki Bukit Broga, Semenyih, Kajang.

Mari kita sedekahkan al- fatihah kepada penduduk- penduduk & mujahidin di GAZA yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah SWT memberi kemenangan kepada para mujahidin islam di bumi GAZA.

TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR...

UMRAH HARI KE 4- 2014

$
0
0

~ ZIARAH LUAR ~ 


Selepas sarapan pagi, para jemaah semua dibawa ziarah luar Madinah ke Masjid Quba.


Inilah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW bersama sahabat- sahabatnya ketika baru tiba di Madinah pada awal Hijrah. Allah SWT berfirman yang bermaksud " Inilah masjid yang dibina atas dasar Taqwa".


Usaid bin Zahir r.a pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya " satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan ibadat umrah"






Selesai Solat Sunat Masjid & Solat Dhuha, jemaah dibawa pula ke Ladang Kurma FAHD.



Berbagai- bagai jenis kurma boleh didapati di sini, antaranya kurma Ajwa atau kurma Nabi , Sokari, Mariami dan lain- lain. 



.







Ahli keluarga bergambar di Ladang Kurma FAHD






                                                              1... 2... Senyum... :)





Selesai di Ladang Kurma FAHD, para jemaah dibawa ziarah ke Bukit Uhud.


Bukit ini terletak lebih kurang 12km dari Masjid Nabawi...


Disinilah terjadinya Perang Uhud. Dimana Perang Uhud disertai oleh 700 orang tentera yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW dan tentera kafir Quraisy  seramai 3000 orang tentera yang dipimpin oleh Abu Sufyan Ibni Harb.

                                      






Disini terletaknya  kubur Sayyidina Hamzah bin Abdul Mutallib, Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib dan Sayyidina Mus'ab bin Umair r.a.



                                     









Seterusnya kami dibawa menziarahi Masjid Qiblatain atau Masjid Dua Qiblat.


Masjid ini agak luar biasa kerana satu daripada mihrabnya menghadap ke Kaabah sementara satu lagi menghadap Masjidil Aqsa. Menurut riwayat, baginda Rasulullah SAW sedang bersolat dua rakaat didalam masjid ini, tatkala wahyu turun menyatakan kiblat telah ditukar daripada BaitulMaqdis ke Kaabah... 






 
Arah Qiblat terdahulu...



Arah Qiblat kini...








susun atur Quran di dalam Masjid Qiblatain...






Masjid ini dinamakan dengan Masjid Sab'ah (Masjid Tujuh) kerana ada 7 (tujuh) buah Masjid yang saling berdekatan peninggalan para sahabat Rasulullah SAW... sebagai penghormatan atas perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabatnya.. 

Di antaranya Masjid Salman Al Farisi, Masjid Abu Bakar As Siddiq, Masjid Umar, Masjid Uthman, Masjid Ali, Masjid Saad bin Muadz dan Masjid Fatah...








Di jalan inilah tempat berlakunya Perang Khandaq ...





Makam Salman Al- Farisi...



Ziarah terakhir kami pada hari ke 4 ialah ke Bazaar Kurma...






dan sebelum waktu Zohor, para jemaah semua telah selamat tiba ke bilik hotel masing- masing...



Kami menunaikan solat zohor di Masjid Nabawi & menjalani aktiviti ibadah masing- masing 

Tempat wuduk di Masjid Nabawi...



Air minuman juga disediakan diluar Masjid Nabawi...


 Bahagian dalam Masjid Nabawi...



Didalam Masjid Nabawi juga disediakan Air Zam- Zam...




Tempat penyimpanan Air Zam- Zam didalam Masjid Nabawi...




Lampu didalam Masjid Nabawi...













                   


UMRAH HARI KE 5- 2014

$
0
0

Waktu dinihari di sekitar Masjid Nabawi...



Jam Besar diluar perkarangan Masjid Nabawi...



 Masjid Nabawi ...


 Waktu Zohor di Masjid Nabawi...


Tu diaa !!! aktiviti menjual kain & tudung sebelum & selepas solat fardu... bila masuk waktu solat, semua urusniaga dihentikan...



para jemaah selepas menunaikan solat maghrib di Masjid Nabawi...



selepas menunaikan solat Isyaq di Masjid Nabawi...


Malam ni kita makan Kebab Ayam... harga 5Riyal @ RM5...



311- No bilik Hotel Mubarak Silver...






SOLAWAT EDISI KE 6- 2014

$
0
0




TAIF! Thank Allah It's Friday!
Usah lupa sampaikan Solawat dan Salam ke atas kekasih yang dirindui, Nabi Muhammad SAW  :) 

UMRAH HARI KE 6- 2014

$
0
0

~ ZIARAH WIDA ~

Tiap- tiap orang yang hendak meninggalkan Madinah Al- Munawarrah juga disunatkan berziarah selamat tinggal kepada Rasulullah SAW sebagai menghormatinya dan keluar setelah berziarah itu.


Alhamdulilah, sempat solat jumaat di Masjid Nabawi...




Para jemaah menunggu solat jumaat...


                                                     



Selepas solat, kami bersiap- siap untuk check- out dari hotel di Madinah Al- Munawarrah untuk melakukan Umrah pertama di Mekah Al Mukarammah.


Jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram).





Jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif.




bergambar bersama keluarga membelakangi pokok kurma di Masjid Bir Ali.




bersama mutawwif, Ustaz Nur Muhammad



ahli keluarga...



Jemaah dari negara lain..



~ Rukun Pertama: Niat Miqat di Masjid Bir Ali ~

Disini para jemaah melakukan solat sunat ihram & niat melakukan Umrah.

Ertinya: Aku bersolat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
Ertinya: Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta'ala.



Kemudian perjalanan diteruskan menuju ke Mekah Al- Mukarammah. Dan kami berhenti di Wadi Qudaid untuk solat  & makan malam.. Tu diaa!!! 1 talam nasi untuk 4 orang... Alhamdulilah kenyang :)



Kawasan persekitaran Wadi Qudaid...

                                      


Masjid Tanaim @ Masjid Aisyah r.a




Alhamdulilah kami tiba di Mekah Al- Mukarammah lebih kurang jam 11.30 mlm. Selepas Check- in di Nada Hotel, kira- kira jam 12.30 am, kami terus melakukan Tawaf di Masjidil Haram.







                                

~ Rukun Kedua: Tawaf ~

Lafaz niat Tawaf umrah. 
Ertinya: Ya Allah, aku hendak tawaf Baitullahil Haram tujuh kali tawaf umrah maka permudahkanlah dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Ta'ala.

Setelah selesai tawaf dan berdoa di Multazam, maka lakukanlah solat sunat dua rakaat tawaf.









Selesai solat sunat tawaf, kami terus mengerjakan Saie Umrah...


~ Rukun Ketiga: Saie ~

Apabila tiba di Bukit Safa dan menghadap ke Kaabah sambil membaca lafaz niat:
Ertinya:  Ya Allah, aku hendak bersaie diantara Safa dan Marwah tujuh kali, Saie umrah kerana Allah Ta'ala.

Kemudian lambaikan kedua- dua belah tangan ke Kaabah dengan mengucap "Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar Walillahilhamdu".

Mulai bersaie dengan melangkah kaki kanan.




                                                


Setiap kali melalui diantara dua tiang hijau maka sambil berlari- lari anak bacalah doa:

Ertinya: Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami dengan kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui dan Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.




 Kemudian berjalanlah seperti biasa dan sambunglah membaca doa saie yang berbaki lagi.





Setelah tamat perjalanan Saie pusingan ketujuh di Bukit Marwah, bertakbirlah tiga kali dan berdoa.


                                     


~ Rukun Keempat: Bercukur/ Bergunting untuk Bertahlul ~

Keluarkan gunting dan dengan memegang rambut dikepala seelok- eloknya rambut yang disebelah kanan hadapan kepala. Boleh juga bercukur malah lebih afdal bagi lelaki.



Setelah selesai bergunting atau bercukur maka jemaah sudah pun bertahlul ( keluar dari ihram), bebaslah dari segala pantang- larang. Ini bererti urusan Umrah sudah selesai... Alhamdulilah


~ Rukun Kelima: Tertib ~.

Jemaah umrah perlu memahami bahawa tertib pada rukun Umrah ialah mendahulukan Niat di Miqat sebelum melakukan Tawaf, begitu juga hendaklah dilakukan Tawaf dengan sempurna sebelum bersaie...

Selepas Saie barulah boleh bergunting untuk bertahlul...

BAZAR RAMADHAN- AIR KELAPA LAUT

$
0
0

Alhamdulilah, tahun 2014 merupakan tahun ke- 2 saya berniaga didalam bulan Ramadhan. Lokasi yang sama seperti tahun 2013, di tapak no. 4, Jalan Jujur 1, Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur.


Proses pertama adalah memohon lesen perniagaan yang telah disediakan oleh Pihak Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jawatankuasa yang telah dilantik iaitu Persatuan Peniaga Pasar Pagi Bandar Tun Razak. Kemudian bayaran tapak bazar ramadhan  beserta dokumen yang telah lengkap diisi.







Waktu berniaga bermula jam 4.00 petang hingga 7.30 malam. Hari Jumaat dan Sabtu merupakan hari yang sibuk berbanding dengan hari- hari lain. Biasanya saya dibantu oleh anak & anak saudara saya.




Berniaga Air Kelapa Laut, memang menyeronokkan tambah- tambah lagi apalagi pelanggan setia sudah menunjukkan 'minat' terhadap air tersebut. Air Kelapa Laut juga sesuai bagi meredakan batuk, sakit tekak, menyejukkan badan,mengelakkan kanak- kanak yang baru nak kena demam campak & banyak lagi khasiatnya insyaAllah.




Tetamu istimewa kami iaitu Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Yang Berhormat Parlimen 124, Bandar Tun Razak turun padang sewaktu program menyampaikan Bubur Lambuk kepada peniaga- peniaga di Bazar Ramadhan, sempat singgah di Tapak Berniaga Air Kelapa Laut.

Peluang tersebut tidak akan dilepaskan dengan begitu sahaja, malah Tan Sri dengan sifat peramah dan mesra mengajak saya bergambar sebagai tanda kenangan... terima kasih Tan Sri :)




Air bang, air kak, kelapa laut, kelapa laut... payah carik senang dapat ha ha ha !!!  :)
Viewing all 70 articles
Browse latest View live