Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all 70 articles
Browse latest View live

SOLAWAT EDISI KE 8 - 2014

$
0
0

- Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad -


Semoga kita semua sampai di Madinah Al- Munawarrah dan dapat menziarahi  Rasulullah S.A.W ... Ya Rasulullah, Syafaatmu ku harapkan.





SOLAWAT EDISI KE 9 - 2014

$
0
0




- ALLAHUMMA SHOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD -


Ya Rasulullah, Syafaatmu ku harapkan...




MAJLIS PERASMIAN BUTIK XES PREMIUM DI QUILL CITY MALL, KUALA LUMPUR

$
0
0


PERASMIAN BUTIK XES PREMIUM DI QUILL CITY MALL, KUALA LUMPUR.


Bertempat di Tingkat 4, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, butik kasut jenama terkenal XES telah mengorak langkah yang lebih pro- aktif dengan menambah cawangan operasinya dengan membuka cawangan terbaru di kompleks berkenaan pada 16 Oktober 2014.


Majlis perasmian yang meriah itu telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Shellys Marketing Sdn Bhd, Mr. Simpson Wong bersama model terkenal merangkap Duta XES, Ms. Mico Pun Chiew Yoek.










" Ia adalah usaha yang berterusan untuk memberi nilai tambah kepada pelanggan yang setia berbelanja di setiap butik dengan kualiti produk yang terbaik, disamping suasana persekitaran membeli- belah yang menarik dan mereka pasti mendapat layanan perkhidmatan yang cemerlang dari Butik XES", tambah Mr. Simpson lagi.











Waktu operasi Butik XES PREMIUM di Quill City Mall, Kuala Lumpur dibuka seawal 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada setiap hari. Pelanggan juga boleh mendapatkan berbagai jenis sandal dan kasut bagi lelaki, wanita malah untuk kanak- kanak juga tidak terkecuali ada di Butik XES ini. Beg Tangan juga turut dipamerkan dan menjadi sebahagian daripada produk XES. Butik XES PREMIUM yang telah beroperasi sejak 23 Mac 2012, mempunyai 80 cawangan diseluruh Malaysia.









Secara peribadi, amatlah berbaloi jika berbelanja di butik XES PREMIUM,  memandangkan harga yang ditawarkan agak murah dan banyak pilihan boleh didapati di butik tersebut.

Butik XES PREMIUM kini berada di F4-13 & F4-13A, Tingkat 4, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.




ARJ...
BlooggersDotCom.

PERASMIAN RUMAH KAMPUNG "THE JANA"

$
0
0

Majlis Perasmian Rumah Kampung 'The Jana' yang telah diadakan di Taiping Golf & Country Club (TGCC) telah pun disempurnakan oleh YBhg Dato' Hj Abd Rahim bin. Md. Ariff, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping pada 12hb Oktober 2014.


                                   






Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Datuk (Dr.) Hj Mustapha Kamal bin Haji Abu Bakar, Pengerusi MK Land Holdings Berhad, Pn Hajjah Felina Tan Sri Datuk (Dr.) Hj Mustapha Kamal dan juga YBhg. Datuk Mirza bin Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.


Sebagai permulaan atau projek perintis, projek Rumah Kampung 'The Jana' ini memperkenalkan 5 unit rumah kampung merangkumi 2 buah rumah yang mempunyai 1 bilik tidur berkeluasan 417 kaki persegi dan 3 buah rumah mempunyai 2 buah bilik tidur berkeluasan 570 kaki persegi. Setiap unit dilengkapi penghawa dingin di setiap bilik tidur, pemanas air mandi dan pelbagai kelengkapan rumah.













Matlamat Taiping Golf & Country Club adalah untuk mengetengahkan Rumah Kampung 'The Jana' adalah sebagai satu tarikan pelancong, bukan sahaja pelancong tempatan bahkan pelancong- pelancong dari serata dunia untuk mengenali lebih dekat lagi tarikan yang ada di Taiping dan budaya rakyat Malaysia. Keutamaan juga diberikan kepada pengunjung Golf dari Korea yang kerap berkunjung ke kelab ini untuk menikmati kehidupan dalam suasana kampung.














Lokasi rumah kampung 'The Jana' ini juga dikatakan strategik iaitu berdekatan dengan kawasan tempat berkelah yang dinamakan 'Dangau' ditambah dengan deruan aliran sungai yang tenang dan dikelilingi kawasan hutan. Turut terdapat kebun sayur, kawasan pokok durian dan pengunjung yang cintakan alam semula jadi boleh menikmati "jungle trekking" dikawasan resort.

Pakej penginapan di 'The Jana' terdiri daripada 5 pakej yang merangkumi suasana kampung "the Jana", pakej penginapan dan BBQ, pakej perkahwinan"The Jana", pakej "trail" buah- buahan dan pakej "teambuilding" yang menjadi daya tarikan rumah kampung yang terkenal di Taiping ini sebagai "syurga" bagi penggemar golf.

SOLAWAT EDISI KE 10- 2014

$
0
0

Semoga Rasulullah SAW hadir didalam hati kami, tindakan kami, penglihatan kami dan pendengaran kami.
Solawat dan Salam buat junjungan yang kami muliakan, ahli bait, para sahabat baginda & mereka yang mengikutinya hingga hari kiamat.

KEMBARA MEDIA 2014 KE TERENGGANU - TASIK KENYIR ( PENGKALAN GAWI KE AIR TERJUN LASIR )

$
0
0



Program Kembara Media 2014 ke Terengganu. Tasik Kenyir ( Pengkalan Gawi ke Air Terjun Lasir )

Tasik Kenyir terletak dalam daerah Hulu Terengganu, Terengganu. Keseluruhan kawasan yang diwartakan ialah 209,199 hektar. Tasik Kenyir merangkumi 340 buah Pulau, 14 Air Terjun, Jeram, Hutan Simpan, Gua dan sungai serta kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. 

Tasik Kenyir merupakan tempat pelancongan yang popular di Terengganu. Mengikut statistik dari bulan Januari sehingga bulan September 2014, jumlah kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir seramai 548, 077 orang. 

Kembara Media 2014 ke Terengganu berpeluang ke salah satu destinasi popular di Tasik Kenyir iaitu Air Terjun Lasir.


Taklimat berkenaan Tasik Kenyir.


Pengkalan Gawi.

                                                                                                                        
 'Kembara Media 2014 ke Terengganu' bergambar di Pengkalan Gawi.



House Boat 'Bahtera Kenyir 1' yang membawa pengamal media, mempunyai 20 bilik tidur & 6 bilik air ini mampu memuatkan seramai 50 orang bagi sekali perjalanan. Aktiviti memancing juga diadakan diatas House Boat ini.
                                                                                                                                                                   
 

Bilik tidur yang selesa didalam HouseBoat.





Indah, Tenang serta Damai yang mendamaikan sepanjang perjalanan ke Air Terjun Lasir.





















En. Bidin, Kapten House Boat yang berpengalaman membawa kami ke Air Terjun Lasir. Perjalanan ini mengambil masa hampir 4 jam.



ARJ 
Blooggers Dot Com...


KEMBARA MEDIA 2014 KE TERENGGANU ( AIR TERJUN LASIR )

$
0
0

Setelah hampir 4 jam perjalanan, Kembara Media 2014 selamat sampai di Air Terjun Lasir. Salah satu Air Terjun yang tercantik dan paling sesuai untuk aktiviti mandi- manda, berendam dan berenang kerana ia mempunyai kolam yang luas. Air terjunnya juga cantik dan bertingkat- tingkat.

Satu lagi tarikan yang terdapat di Air Terjun Lasir iaitu Jambatan Gantungnya yang menyeberangi Air Terjun.




                                  
































  










Selesai mandi di Air Terjun Lasir, kami kembali menaiki House Boat 'Bahtera Kenyir 1" dan meneruskan aktiviti memancing kemudian diikuti dengan makan malam. Sungguh hebat dan Indah pengalaman di Air Terjun Lasir.


ARJ
Blooggers Dot Com...

SOLAWAT EDISI KE - 11 2014

$
0
0


ALLAHUMMA SHOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD.




MASA bersama ibubapa TIDAK LAMA. Masa berlalu sangat pantas. Mereka sudah berusia.

Andai kita'TERLALU SIBUK, tidak luangkan masa dengan mereka, bimbang kita tidak sempat 'RAPAT'dengan mereka sebelum nafas terakhir.

Raikan mereka.





SOLAWAT EDISI KE 12 - 2014

$
0
0



ALLAHUMMA SHOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD.


PESAN MAK:
Sekeping hati itulah yang menentukan SIAPAdiri kita.. Jaga hati sebab semuanya BERMULA dari hati...







ARJ...


SOLAWAT EDISI KE 13 - 2014

$
0
0


ALLAHUMMA SHOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD




Kalau Hati dah terpaut...







KEMBARA MEDIA 2014 KE TERENGGANU ( TAMAN HERBA )

$
0
0

Kembara Media 2014 sempat singgah di Taman Herba, Tasik Kenyir ketika perjalanan balik dari Air Terjun Lasir. Taman Herba tersebut yang mempunyai keluasan sekitar 15.8 hektar dan terletak di Pulau Sah Kecil, Tasik Kenyir. Jarak diantara Taman Herba dengan Pengkalan Gawi adalah sejauh 7 kilometer dan mengambil masa kira- kira 15minit perjalanan dengan menggunakan bot laju.










Krew Kembara Media 2014 ke Terengganu dimaklumkan bahawa kira- kira 26,000 pokok ditanam disini, dimana dianggarkan sebanyak 230 jenis pokok termasuk pokok herba bagi tujuan pelancongan, pendidikan serta penyelidikan & pembangunan untuk perubatan. 

Antara pokok herba yang terdapat disini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Mahkota Dewa dan banyak lagi. Pokok Cengal juga didapati di Taman Herba ini. Ia merupakan antara pokok yang mempunyai nilai harga yang sangat tinggi di pasaran.                                                                                                           








Akar pokok herba Tongkat Ali hendaklah dipotong menjadi kecil dan diracik halus- halus. Kemudian dicampurkan dengan air dan direneh sehingga mendidih. Seperti gambar diatas, proses untuk menghasilkan Air Herba yang lain juga hampir sama. 

Krew Kembara Media 2014 diberi peluang untuk menikmati rasa sebenar Air Tongkat Ali & juga Air Kacip Fatimah bagi kaum wanita di Taman Herba tersebut. Dan hasilnya selepas minum, ternyata pahit dan tubuh berpeluh tetapi kemudian terasa segar seketika.








"Kalau tak pahit, bukanlah Tongkat Ali namanya" mengungkap kembali kata- kata didalam sebuah iklan yang menggunakan Air Tongkat Ali. 

Perjalanan Kembara Media 2014 seterusnya kembali ke Pengkalan Gawi dan diikuti dengan destinasi seterusnya melawat  Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu.




facebook.com/arj19
instagram : mrarj

SAHABAT MEDIA VMY2014 KE KELANTAN - RESTORAN 'YATI ayam percik'.

$
0
0

Kali ni, makan tengahari kami bersama Sahabat Media Visit Malaysia Year 2014 (SMVMY2014) dibawa ke Restoran ' YATI ayam percik ' yang terletak di 847, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Disini ayam percik disajikan bersama nasi kerabu sebagai menu utama.

Tidak ketinggalan juga menu yang lain seperti gulai kawah, kerabu kaki ayam, acar juga turut disajikan di restoran tersebut. Ini merupakan pengalaman pertama saya bersama pihak Sahabat Media VMY2014 merasai menu dan menikmati juadah di Restoran 'YATI ayam percik'.











Deretan pelbagai jenis kuih- muih yang menarik setibanya anda semua memasuki pintu Restoran 'YATI ayam percik' ini. Pasti pening dengan pilihan yang mana dahulu hendak diambil sebagai hidangan.










Sahabat Media VMY2014 juga teruja dengan pelbagai jenis kuih muih dan manisan yang turut disediakan di Restoran 'YATI ayam percik'. Rambang mata dibuatnya.











Kuih Akok adalah salah satu kuih tradisi dan juga sangat terkenal di negeri Kelantan.









Pulut juga turut mendapat tempat bagi juadah makanan di negeri Kelantan.








Memang sedap makan tengahari kami di Restoran 'YATI ayam percik'. Sekiranya sahabat semua ke negeri Kelantan, jangan lupa untuk singgah makan di Restoran ini. Dibuka seawal jam 11. 00 pagi sehingga 11. 00 malam pada setiap hari dan hari Jumaat pula, dibuka pada jam 3.30 ptg sehingga 11. 30 malam.

Selamat Menjamu Selera.


facebook.com/arj19
instagram : mrarj




PROGRAM SAHABAT MEDIA VISIT MALAYSIA YEAR 2014- KELANTAN UNIQUE

$
0
0



Alhamdulillah, selepas 9 jam perjalanan dari MaTic Jalan Ampang akhirnya kami tiba di Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan. Ketibaan Sahabat Media 2014- Kelantan Unique disambut oleh Pengurus Hotel Perdana, Puan Nik Adura Zuliana bersama Staf Hotel Perdana dan diiringi oleh persembahan muzik tradisional negeri Kelantan iaitu Dikir Barat yang dipersembahkan oleh Staf Hotel Perdana sendiri.









Tamat persembahan Dikir Barat tersebut, pihak Sahabat Media 2014 telah dibawa ke Eleven Restaurant , dimana taklimat berkenaan Program Sahabat Media Visit Malaysia 2014- Kelantan Unique disampaikan oleh Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Cik Nor Aida Ismail. 








Acara diteruskan dengan persembahan tarian tradisional juga dipersembahkan oleh Staf Hotel Perdana dan diikuti Fesyen Show oleh Ruzz Gahara yang menampilkan Batik Tradisional, Model Batik yang terbaru dan juga Model Muslimah. 

Demo bagi mencanting batik dan membuat blok batik juga turut  dipersembahkan untuk Sahabat Media.









Sesi bertukar cenderahati diantara pihak Santai Travel yang diwakili oleh En. Azli Halim selaku Penerbit dengan YB Mej (B) Dato. Md Anizam, Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan berjalan dengan lancar. 

Turut sama bertukar cenderahati, iaitu antara pihak Tourism Malaysia yang diwakili oleh Pengarah Tourism Negeri Kelantan,  Cik Nor Aida Ismail dengan pihak Hotel Perdana yang diwakili oleh Pengurus Besarnya, En. Taha Zainal.








Majlis yang santai itu turut disajikan dengan makanan tradisi negeri Kelantan seperti Nasi Kerabu, Kuih Tahi Itik, Kuih Cara Berlauk, Etok, Sate, Kuih Akok dan pelbagai kuih- muih serta Teh Tarik.











Etok


Nasi Kerabu/ Sate










facebook.com/arj19
instagram: mrarj



SOLAWAT EDISI KE 14 - 2014

$
0
0




ALLAHUMMA SHOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD.

Rasulullah SAW bersabda:
Setiap Nabi memiliki Do'a yang selalu diucapkan,
Aku ingin menyimpan Doaku sebagai Syafa'at bagi Umatku pada hari kiamat
[HR . Imam Muslim]





facebook.com/arj19
instagram: mrarj

TANAH AINA FAHAD - LAIN DARIPADA YANG LAIN

$
0
0


Dengan berkeluasan 12,140 meter persegi dan struktur muka bumi dikelilingi hutan simpan semulajadi, Tanah Aina Fahad yang terletak di Raub, Pahang bakal menjadi salah satu pusat perkelahan yang berkonsepkan perkhemahan antara yang terbaik di Malaysia. Terletak dikawasan Hutan Simpan Gunung Benom dibawah kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, pengunjung bakal menikmati dan merasai keadaan hutan yang sebenar yang dihuni oleh hidupan flora dan fauna.


                                   








Tanah Aina Fahad merupakan Tanah Aina yang ke- 6 yang telah dibangunkan dan dimajukan. Mengambil masa hampir 1 tahun untuk memajukannya, bertujuan agar orang ramai dapat menghargai alam sekitar terutama kawasan hutan semulajadi  dan bukan untuk memusnahkannya kata Puan Sri Sharifah Sabrina Syed Akil yang juga merupakan Presiden, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA).










Setiap khemah boleh memuatkan seramai empat  hingga lima orang yang turut dilengkapi katil, tilam dan kipas. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa bilik mandi dan tandas yang disediakan di Tanah Aina Fahad setanding dengan hotel- hotel yang terdapat diluar sana. Tapak perkhemahan di Tanah Aina Fahad juga mampu menempatkan sehingga 20 khemah dalam satu- satu masa. Walaupun konsepnya perkhemahan namun Sahabat Media tetap rasa selesa bila berada didalam khemah tersebut.











Sahabat Media juga berpeluang menyertai aktiviti cara- cara mempelajari bacaan kompas semasa didalam hutan,  jungle trekking yang merentasi Hutan Simpan Gunung Benom dengan jarak perjalanan sejauh empat kilometer. Aktiviti asas seperti mandi sungai, 'tubing' dan juga unggun api di malam hari turut disediakan didalam acara bersama Sahabat Media. Tidak ketinggalan air terjun juga terdapat berdekatan dengan Tanah Aina Fahad. Pada masa akan datang aktiviti Flying Fox, melawat orang kampung serta mempelajari cara- cara menoreh getah akan diperkenalkan, tambah Puan Sri Sharifah Sabrina Syed Akil.











Para pengunjung yang ingin merasai percutian perkhemahan yang berkonsepkan semulajadi di Tanah Aina Fahad, boleh memandu kenderaan sendiri terus ke Hulu Dong, Raub Pahang. Perjalanan dari Ibukota Kuala Lumpur mengambil masa kira- kira 2 jam. Percutian perkhemahan yang pasti meninggalkan kenangan terindah di Tanah Aina Fahad.



facebook.com/arj19
instagram: mrarj




  










DAN SETERUSNYA !! - UMRAH 2014

$
0
0


Di Madinah Al - Munawarrah, boleh dikatakan saban malam layan Kebab Ayam jer  ... 5 Riyal Syeikh  :)





Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah Arab Saudi. Panjangnya Q.....Saya adalah orang yang ke- 100  :)




Model Kurma Surkari @ Kurma Jantan ( mentang2 anakjantan )




Jalan ini adalah Khandaq (Parit), tempat asal semasa Perang Khandaq.




Makam Salman Al- Farisi.




Saki baki peninggalan Masjid Hudaibiah, tempat termeterai perjanjian antara kaum muslimin dibawah pimpinan Rasulullah SAW dengan kaum musyrikin.



Safa ke Marwah - Jika ada jemaah yang tidak berkemampuan melakukan sendiri, mereka bersedia untuk mengambil upah menggunakan kerusi roda.



Pandangan Masjid Nabawi dari Hotel Mubarak, Madinah Al- Munawarrah.



Safa ke Marwah - Tempat air zam- zam disediakan.



Peniaga di luar Masjid Nabawi.



Buah Tin & Buah Zaitun...



Di Madinah Al - Munawarrah, boleh dikatakan saban malam layan Kebab Ayam jer  ... 5 Riyal Syeikh  :)








facebook.com/arj19
instagram: mrarj





RINDU BERTANDANG LAGI - UMRAH 2014

$
0
0

Mengimbau kembali kenangan semasa mengerjakan Umrah pada bulan Mac 2014. Sedikit perkongsian gambar- gambar kenangan di Madinah Al Munawarrah.
Ya Rasulullah, kami rindu akan mu. 
Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad.



Adri- Rahsia khusyuk dalam Tidur... keh keh keh!!!




Lampu didalam Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarrah.




Dari hadapan Mubarak Hotel dah boleh nampak bumbung Masjid Nabawi.




Selepas Solat Fardu di Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarrah.



Tempat Wuduk di Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarrah.



Air Zam- Zam didalam Masjid Nabawi juga disediakan.




Inilah pemandangan dari Jeddah ke Madinah





Lampu didalam Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarrah. 




Jam Besar di hadapan Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarrah.




Nasi Briyani Arab - Ayam Goreng & Ikan Goreng untuk 4 orang.



Saban Malam layan Kebab Ayam dengan Adri - 5 Riyal jer Syeikh.




Ditampal berdekatan Lif Hotel Mubarak, Madinah Al Munawarrah.




Staff di Safa dan Marwah yang bertugas, menantikan jemaah yang memerlukan khidmat mereka.



FRIENDS of NEGERI SEMBILAN (FoNS) INTERNATIONAL- PLATFORM UNTUK PERTUMBUHAN INDUSTRI PELANCONGAN.

$
0
0


Walaupun baru berusia setahun sejak ditubuhkan pada Disember 2013, sehingga kini ahli yang telah mendaftar 'Friends of Negeri Sembilan' (FoNS) telah mencapai 9,431 orang, kata Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, En. Zaidi Kassim semasa berlangsungnya Negeri Sembilan Tourism Conference (NSTC) 2015 baru- baru ini.

Bertitik tolak dari respon yang baik terhadap Friends of Negeri Sembilan (FoNS) itulah maka pada 2hb Disember 2014, pihak Tourism Malaysia Negeri Sembilan telah mengorak langkah setapak lagi dengan melancarkan Friends of Negeri Sembilan (FoNS) International. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengerusi, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) Datuk Mohamad Razi Kail. Dengan tertubuhnya FoNS International tersebut, ia diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong antarabangsa datang ke Negeri Sembilan khususnya.















Objektif melancarkan kempen Friends of Negeri Sembilan (FoNS) International adalah mendokong kempen Malaysia Year of Festivals (MyFEST) 2015 sekaligus membawa penggiat- penggiat industri bersama- sama berganding bahu dengan kerajaan dalam merancakkan pertumbuhan industri pelancongan di Negeri Sembilan. Menggiatkan usaha promosi yang akan dilaksanakan di Negeri Sembilan agar mencapai sasaran ketibaan pelancong seramai 5 juta pelancong dan jumlah pendapatan dari sektor pelancongan pada tahun hadapan.








Hampir 300 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha dan penggiat- penggiat industri pelancongan yang turut serta didalam Negeri Sembilan Tourism Conference (NSTC) 2015 pada tahun ini. Mereka bersama- sama akan turut berkongsi hala tuju industri pelancongan Negeri Sembilan terutama dalam meningkatkan promosi industri pelancongan kepada pelancong domestik dan pelancong antarabangsa ke persada antarabangsa.













Sebahagian daripada pengusaha dan penggiat- penggiat industri pelancongan yang mempamerkan produk mereka semasa Negeri Sembilan Tourism Conference (NSTC) 2015.


LEXIS HIBISCUS, PORT DICKSON



FKF CRAFT





ANNONA COFFEE


NS GALLERIA CHOCOLATE WORLD



MUZIUM TENTERA DARAT




* Untuk menjadi rakan Facebook rasmi Friends of Negeri Sembilan (FoNS), setiap penyertaan perlu mengisi borang penyertaan yang akan dimuat turun ke dalam facebook rasmi Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan disyaratkan perlu 'LIKE' facebook Tourism Malaysia Negeri Sembilan*.



facebook.com/arj19
instagram: mrarj









KAYU BAKAU BERUSIA 30 TAHUN HASILKAN KAYU ARANG BERKUALITI TINGGI.

$
0
0
Hutan Paya Bakau di Kuala Sepetang, Perak bermula dari Bagan Panchor (di Pantai Remis sehingga ke Kuala Gula), Perak berkeluasan kira- kira 41, 000 hektar atau kira- kira 51.3 km panjangnya dan jarak kelebarannya 13 km yang dijaga oleh Jabatan Perhutanan dibawah Daerah Larut dan Matang.

Kembara bersama Media NRE Perak 2014 berpeluang bersama- sama dengan wakil daripada Jabatan Perhutanan menaiki bot dan melawat ke kawasan hutan pokok bakau serta merasai pengalaman menanam anak pokok bakau yang baru dan mengetahui sedikit sebanyak tentang proses penanaman dan penebangan.

Sahabat Kembara Bersama Media NRE Perak 2014, Abd Rahman Jantan @ ARJ dengan jayanya menanam anak pokok bakau. Hasilnya boleh dilihat dalam jangkamasa 15 ke 30 tahun akan datang, insyaAllah.



En. Abu Bakar bin Mat Saad (Pak Abu) - Pengawas Hutan, sedang memberikan taklimat kepada Sahabat Kembara Bersama Media NRE Perak 2014 berkenaan Hutan Paya Bakau.









Saiz batang pokok bakau yang hendak ditebang biasanya berukuran sepanjang 1.8 meter. Dengan menggunakan monorail buatan sendiri yang dilapikkan dengan kayu- kayu serta kereta sorong. Kayu bakau dengan mudah dibawa keluar dari hutan sehingga ke tepi sungai. Setiap kali pengeluaran dengan kereta sorong bole membawa sebanyak 10 batang pokok bakau.








Pokok Bakau yang berusia dari 1 tahun - 15 tahun , dimana pembesarannya diantara 10 cm hingga 29 cm ukur lilit, akan ditebang dan dijual biasanya dijadikan sebagai cerucuk rumah

Kemudian bagi kawasan- kawasan ditempat lain yang belum ditebang lagi, biasanya akan dibiarkan lagi 5 tahun dan menjadikannya usia pokok bakau tersebut menjadi 20 tahun. Saiz pokok bakau diwaktu tersebut biasanya mencapai antara 30 cm hingga 59 cm dan panjangnya akan mencapai diantara 11 hingga 12 kaki.

Apabila pokok bakau mencapai usia 30 tahun, saiznya sudah mencapai 60 cm hingga 90 cm diameter dan ketinggian pokok bakau tersebut mencapai 20 ke 22 meter. Inilah saiz yang amat sesuai untuk diproses dan menghasilkan Kayu Arang berkualiti tinggi.







Kulit pokok bakau yang ditebang biasanya dibuang untuk memudahkan proses pengeringan. Faktor lain agar memudahkan kerja ketika hendak diletakkan diatas kereta sorong dan kemudian menolak sahaja ke dalam tongkang dimana boleh setiap tongkang boleh memuatkan diantara 200 batang pokok bakau.






Antara Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang turut serta didalam Kembara Bersama Media NRE Perak 2014 iaitu Cik. Norfamiza binti Mohamad Sharif (depan kanan) dan Cik. Siti Zubaidah binti Sobri (baris kedua sebelah kiri) serta pemandu bot En. Zaidi bin Ismail (belakang kiri). Turut serta pegawai Perhilitan negeri Perak, En. Shafiee (depan kiri).



Kawasan hutan Pokok Bakau untuk tebangan adalah sekitar 6.6 hektar pada satu- satu masa dan waktu matang atau sesuai di tebang adalah ketika berusia berusia 30 tahun dan ukur lilitnya biasanya diantara 60 cm hingga 95 cm. 












Ekosistem bakau amat unik dengan kekayaan flora dan fauna. Ia jauh lebih berharga dari apa yang kita fikirkan. Di Hutan Paya Laut Matang ini , pelbagai hidupan bergantung kepada hutannya untuk hidup. Akar pokok bakau yang panjang dan kuat merupakan tempat berlindung bagi haiwan- haiwan yang kecil.




facebook.com/arj19
instagram: mrarj





KEMBARA MEDIA KE TERENGGANU 2014 - (TAMAN TAMADUN ISLAM)

$
0
0
Kali ini Kembara Media Terengganu 2014 berpeluang melawat ke Taman Tamadun Islam di Terengganu. Terdapat 22 monumen  yang memaparkan keunggulan dari segi kesenian rekabentuk serta bercirikan islam dalam pembuatan masjid dari serata dunia.








Kembara Media Terengganu 2014 dibawa dengan menaiki Trem untuk melihat semua monumen yang terdapat di dalam kawasan Taman Tamadun Islam. Disini disertakan beberapa barang- barang yang dipamerkan di bilik pameran.


Gelas Tembaga & Teko Tembaga berusia 100 tahun dari Agra, India



Jubin seramik berbentuk segiempat



Beg Kulit Tradisional



Batu Bersurat



Cengkerang Mutiara



Batu Marmar dengan hiasan diatasnya berbentuk Telur







Turban







Manuskrip gaya hidup Moghul, teks Parsi.





Rantai Leher Lapislazuli berusia 100 tahun, Agra India.




Syair & Tulisan lama Jawi



 Di sesetengah monumen, terdapat tayangan video sekitar 5 minit ke 10 minit bagi memberi maklumat interaktif kepada pengunjung. 

Bilik Pameran...




Kincir Air





Taj Mahal, India



Masjid Xian, China. 





Batu Terapung



Masjid Besar Samarra, Iraq






Masjid Muhammad Ali, Mesir



Masjid Agadez, Niger



Masjid Qairawan, Tunisia



Masjid Suleyman, Turki





Masjid Aleppo, Citadel Syria



Menara Kalyan, Uzbekistan... Setinggi 42 meter





facebook.com/arj19
instagram: mrarj







Viewing all 70 articles
Browse latest View live