Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 70

UMRAH HARI KE 4- 2014

$
0
0

~ ZIARAH LUAR ~ 


Selepas sarapan pagi, para jemaah semua dibawa ziarah luar Madinah ke Masjid Quba.


Inilah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW bersama sahabat- sahabatnya ketika baru tiba di Madinah pada awal Hijrah. Allah SWT berfirman yang bermaksud " Inilah masjid yang dibina atas dasar Taqwa".


Usaid bin Zahir r.a pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya " satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan ibadat umrah"






Selesai Solat Sunat Masjid & Solat Dhuha, jemaah dibawa pula ke Ladang Kurma FAHD.



Berbagai- bagai jenis kurma boleh didapati di sini, antaranya kurma Ajwa atau kurma Nabi , Sokari, Mariami dan lain- lain. 



.







Ahli keluarga bergambar di Ladang Kurma FAHD






                                                              1... 2... Senyum... :)





Selesai di Ladang Kurma FAHD, para jemaah dibawa ziarah ke Bukit Uhud.


Bukit ini terletak lebih kurang 12km dari Masjid Nabawi...


Disinilah terjadinya Perang Uhud. Dimana Perang Uhud disertai oleh 700 orang tentera yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW dan tentera kafir Quraisy  seramai 3000 orang tentera yang dipimpin oleh Abu Sufyan Ibni Harb.

                                      






Disini terletaknya  kubur Sayyidina Hamzah bin Abdul Mutallib, Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib dan Sayyidina Mus'ab bin Umair r.a.



                                     









Seterusnya kami dibawa menziarahi Masjid Qiblatain atau Masjid Dua Qiblat.


Masjid ini agak luar biasa kerana satu daripada mihrabnya menghadap ke Kaabah sementara satu lagi menghadap Masjidil Aqsa. Menurut riwayat, baginda Rasulullah SAW sedang bersolat dua rakaat didalam masjid ini, tatkala wahyu turun menyatakan kiblat telah ditukar daripada BaitulMaqdis ke Kaabah... 






 
Arah Qiblat terdahulu...



Arah Qiblat kini...








susun atur Quran di dalam Masjid Qiblatain...






Masjid ini dinamakan dengan Masjid Sab'ah (Masjid Tujuh) kerana ada 7 (tujuh) buah Masjid yang saling berdekatan peninggalan para sahabat Rasulullah SAW... sebagai penghormatan atas perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabatnya.. 

Di antaranya Masjid Salman Al Farisi, Masjid Abu Bakar As Siddiq, Masjid Umar, Masjid Uthman, Masjid Ali, Masjid Saad bin Muadz dan Masjid Fatah...








Di jalan inilah tempat berlakunya Perang Khandaq ...





Makam Salman Al- Farisi...



Ziarah terakhir kami pada hari ke 4 ialah ke Bazaar Kurma...






dan sebelum waktu Zohor, para jemaah semua telah selamat tiba ke bilik hotel masing- masing...



Kami menunaikan solat zohor di Masjid Nabawi & menjalani aktiviti ibadah masing- masing 

Tempat wuduk di Masjid Nabawi...



Air minuman juga disediakan diluar Masjid Nabawi...


 Bahagian dalam Masjid Nabawi...



Didalam Masjid Nabawi juga disediakan Air Zam- Zam...




Tempat penyimpanan Air Zam- Zam didalam Masjid Nabawi...




Lampu didalam Masjid Nabawi...













                   



Viewing all articles
Browse latest Browse all 70