PERASMIAN BUTIK XES PREMIUM DI QUILL CITY MALL, KUALA LUMPUR.
Bertempat di Tingkat 4, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, butik kasut jenama terkenal XES telah mengorak langkah yang lebih pro- aktif dengan menambah cawangan operasinya dengan membuka cawangan terbaru di kompleks berkenaan pada 16 Oktober 2014.
Majlis perasmian yang meriah itu telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Shellys Marketing Sdn Bhd, Mr. Simpson Wong bersama model terkenal merangkap Duta XES, Ms. Mico Pun Chiew Yoek.
" Ia adalah usaha yang berterusan untuk memberi nilai tambah kepada pelanggan yang setia berbelanja di setiap butik dengan kualiti produk yang terbaik, disamping suasana persekitaran membeli- belah yang menarik dan mereka pasti mendapat layanan perkhidmatan yang cemerlang dari Butik XES", tambah Mr. Simpson lagi.
Waktu operasi Butik XES PREMIUM di Quill City Mall, Kuala Lumpur dibuka seawal 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada setiap hari. Pelanggan juga boleh mendapatkan berbagai jenis sandal dan kasut bagi lelaki, wanita malah untuk kanak- kanak juga tidak terkecuali ada di Butik XES ini. Beg Tangan juga turut dipamerkan dan menjadi sebahagian daripada produk XES. Butik XES PREMIUM yang telah beroperasi sejak 23 Mac 2012, mempunyai 80 cawangan diseluruh Malaysia.
Secara peribadi, amatlah berbaloi jika berbelanja di butik XES PREMIUM, memandangkan harga yang ditawarkan agak murah dan banyak pilihan boleh didapati di butik tersebut.
Butik XES PREMIUM kini berada di F4-13 & F4-13A, Tingkat 4, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
ARJ...
BlooggersDotCom.