Program Kembara Media 2014 ke Terengganu. Tasik Kenyir ( Pengkalan Gawi ke Air Terjun Lasir )
Tasik Kenyir terletak dalam daerah Hulu Terengganu, Terengganu. Keseluruhan kawasan yang diwartakan ialah 209,199 hektar. Tasik Kenyir merangkumi 340 buah Pulau, 14 Air Terjun, Jeram, Hutan Simpan, Gua dan sungai serta kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.
Tasik Kenyir merupakan tempat pelancongan yang popular di Terengganu. Mengikut statistik dari bulan Januari sehingga bulan September 2014, jumlah kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir seramai 548, 077 orang.
Kembara Media 2014 ke Terengganu berpeluang ke salah satu destinasi popular di Tasik Kenyir iaitu Air Terjun Lasir.
Taklimat berkenaan Tasik Kenyir.
Pengkalan Gawi.
'Kembara Media 2014 ke Terengganu' bergambar di Pengkalan Gawi.
House Boat 'Bahtera Kenyir 1' yang membawa pengamal media, mempunyai 20 bilik tidur & 6 bilik air ini mampu memuatkan seramai 50 orang bagi sekali perjalanan. Aktiviti memancing juga diadakan diatas House Boat ini.
Bilik tidur yang selesa didalam HouseBoat.
Indah, Tenang serta Damai yang mendamaikan sepanjang perjalanan ke Air Terjun Lasir.
En. Bidin, Kapten House Boat yang berpengalaman membawa kami ke Air Terjun Lasir. Perjalanan ini mengambil masa hampir 4 jam.
ARJ
Blooggers Dot Com...