Alhamdulillah, selepas 9 jam perjalanan dari MaTic Jalan Ampang akhirnya kami tiba di Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan. Ketibaan Sahabat Media 2014- Kelantan Unique disambut oleh Pengurus Hotel Perdana, Puan Nik Adura Zuliana bersama Staf Hotel Perdana dan diiringi oleh persembahan muzik tradisional negeri Kelantan iaitu Dikir Barat yang dipersembahkan oleh Staf Hotel Perdana sendiri.
Tamat persembahan Dikir Barat tersebut, pihak Sahabat Media 2014 telah dibawa ke Eleven Restaurant , dimana taklimat berkenaan Program Sahabat Media Visit Malaysia 2014- Kelantan Unique disampaikan oleh Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Cik Nor Aida Ismail.
Acara diteruskan dengan persembahan tarian tradisional juga dipersembahkan oleh Staf Hotel Perdana dan diikuti Fesyen Show oleh Ruzz Gahara yang menampilkan Batik Tradisional, Model Batik yang terbaru dan juga Model Muslimah.
Demo bagi mencanting batik dan membuat blok batik juga turut dipersembahkan untuk Sahabat Media.
Demo bagi mencanting batik dan membuat blok batik juga turut dipersembahkan untuk Sahabat Media.
Sesi bertukar cenderahati diantara pihak Santai Travel yang diwakili oleh En. Azli Halim selaku Penerbit dengan YB Mej (B) Dato. Md Anizam, Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan berjalan dengan lancar.
Turut sama bertukar cenderahati, iaitu antara pihak Tourism Malaysia yang diwakili oleh Pengarah Tourism Negeri Kelantan, Cik Nor Aida Ismail dengan pihak Hotel Perdana yang diwakili oleh Pengurus Besarnya, En. Taha Zainal.

Majlis yang santai itu turut disajikan dengan makanan tradisi negeri Kelantan seperti Nasi Kerabu, Kuih Tahi Itik, Kuih Cara Berlauk, Etok, Sate, Kuih Akok dan pelbagai kuih- muih serta Teh Tarik.
Etok
Nasi Kerabu/ Sate
facebook.com/arj19
instagram: mrarj