Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 70

KAYU BAKAU BERUSIA 30 TAHUN HASILKAN KAYU ARANG BERKUALITI TINGGI.

$
0
0
Hutan Paya Bakau di Kuala Sepetang, Perak bermula dari Bagan Panchor (di Pantai Remis sehingga ke Kuala Gula), Perak berkeluasan kira- kira 41, 000 hektar atau kira- kira 51.3 km panjangnya dan jarak kelebarannya 13 km yang dijaga oleh Jabatan Perhutanan dibawah Daerah Larut dan Matang.

Kembara bersama Media NRE Perak 2014 berpeluang bersama- sama dengan wakil daripada Jabatan Perhutanan menaiki bot dan melawat ke kawasan hutan pokok bakau serta merasai pengalaman menanam anak pokok bakau yang baru dan mengetahui sedikit sebanyak tentang proses penanaman dan penebangan.

Sahabat Kembara Bersama Media NRE Perak 2014, Abd Rahman Jantan @ ARJ dengan jayanya menanam anak pokok bakau. Hasilnya boleh dilihat dalam jangkamasa 15 ke 30 tahun akan datang, insyaAllah.



En. Abu Bakar bin Mat Saad (Pak Abu) - Pengawas Hutan, sedang memberikan taklimat kepada Sahabat Kembara Bersama Media NRE Perak 2014 berkenaan Hutan Paya Bakau.









Saiz batang pokok bakau yang hendak ditebang biasanya berukuran sepanjang 1.8 meter. Dengan menggunakan monorail buatan sendiri yang dilapikkan dengan kayu- kayu serta kereta sorong. Kayu bakau dengan mudah dibawa keluar dari hutan sehingga ke tepi sungai. Setiap kali pengeluaran dengan kereta sorong bole membawa sebanyak 10 batang pokok bakau.








Pokok Bakau yang berusia dari 1 tahun - 15 tahun , dimana pembesarannya diantara 10 cm hingga 29 cm ukur lilit, akan ditebang dan dijual biasanya dijadikan sebagai cerucuk rumah

Kemudian bagi kawasan- kawasan ditempat lain yang belum ditebang lagi, biasanya akan dibiarkan lagi 5 tahun dan menjadikannya usia pokok bakau tersebut menjadi 20 tahun. Saiz pokok bakau diwaktu tersebut biasanya mencapai antara 30 cm hingga 59 cm dan panjangnya akan mencapai diantara 11 hingga 12 kaki.

Apabila pokok bakau mencapai usia 30 tahun, saiznya sudah mencapai 60 cm hingga 90 cm diameter dan ketinggian pokok bakau tersebut mencapai 20 ke 22 meter. Inilah saiz yang amat sesuai untuk diproses dan menghasilkan Kayu Arang berkualiti tinggi.







Kulit pokok bakau yang ditebang biasanya dibuang untuk memudahkan proses pengeringan. Faktor lain agar memudahkan kerja ketika hendak diletakkan diatas kereta sorong dan kemudian menolak sahaja ke dalam tongkang dimana boleh setiap tongkang boleh memuatkan diantara 200 batang pokok bakau.






Antara Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang turut serta didalam Kembara Bersama Media NRE Perak 2014 iaitu Cik. Norfamiza binti Mohamad Sharif (depan kanan) dan Cik. Siti Zubaidah binti Sobri (baris kedua sebelah kiri) serta pemandu bot En. Zaidi bin Ismail (belakang kiri). Turut serta pegawai Perhilitan negeri Perak, En. Shafiee (depan kiri).



Kawasan hutan Pokok Bakau untuk tebangan adalah sekitar 6.6 hektar pada satu- satu masa dan waktu matang atau sesuai di tebang adalah ketika berusia berusia 30 tahun dan ukur lilitnya biasanya diantara 60 cm hingga 95 cm. 












Ekosistem bakau amat unik dengan kekayaan flora dan fauna. Ia jauh lebih berharga dari apa yang kita fikirkan. Di Hutan Paya Laut Matang ini , pelbagai hidupan bergantung kepada hutannya untuk hidup. Akar pokok bakau yang panjang dan kuat merupakan tempat berlindung bagi haiwan- haiwan yang kecil.




facebook.com/arj19
instagram: mrarj






Viewing all articles
Browse latest Browse all 70