Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 70

PENANGAN HARIMAU MALAYA 'SCARFACE' - 5 MAUT & 1 CEDERA

$
0
0

Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan  (National Wildlife Rescue Centre NWRC) berfungsi sebagai pusat menyelamat hidupan liar selaras dengan kehendak Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 [Akta 716] bagi menerajui aktiviti 3R (Rescue, Rehabilitation & Release) hidupan liar. 

Terletak di Rezab Hidupan Liar di Sungkai Perak, Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), dibangunkan pada bulan Ogos 2013, berkeluasan sekitar 24 ekar dengan pemindahan Harimau Malaya dari Zoo Melaka.

Harimau Malaya 'Scarface' ini telah ditemui di Jeli, Kelantan dan kini telah berusia 16 tahun. Mempunyai rekod membaham manusia. Kembara Bersama Media NRE dimaklumkan bahawa seramai 5 orang telah maut dan hanya seorang yang telah terselamat tetapi cedera.













Pengurusan  Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai ini diuruskan oleh Jabatan PERHILITAN dan dibawah pengawasan oleh En. Azhar. Kembara Bersama Media dimaklumkan bahawa pembangunan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) merangkumi 3 Fasa.

Fasa 1 telah siap sepenuhnya. Dimana 5 blok kurungan Harimau Malaya telah pun siap. Bagi Fasa ke- 2 yang meliputi Kuarters kakitangan (telah siap), pejabat dan klinik masih lagi didalam pembinaan. Fasa ke- 3 adalah pembinaan bekalan air terawat, pembinaan kurungan tambahan (bagi spesis beruang, harimau kumbang, primat dan burung).












Antara Hidupan Liar yang sedang direhabilitasi termasuk 15 ekor Harimau Malaya (5 jantan, 10 betina), 2 ekor Harimau Dahan dan 2 ekor Beruang Matahari. Walaupun begitu, terdapat juga hidupan liar yang telah diselamatkan dan dilepaskan semula, diantaranya Tapir sebanyak 6 ekor, Beruang sebanyak 4 ekor, Harimau Kumbang 1 ekor dan Ungka sebanyak 6 ekor.










Perancangan masa hadapan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) adalah menyediakan kemudahan khusus bagi spesis beruang, harimau kumbang, primat dan burung yang diselamatkan. Tidak terkecuali untuk rewild Harimau Malaya sebelum dilepaskan ke habitat asal serta meningkatkan kemahiran kakitangan jabatan di dalam bidang menyelamat hidupan liar.

















Grup Foto diantara Kembara Bersama Media NRE dan Petugas Jabatan Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) Sungkai, Perak.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 70