Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 70

RAFFLESIA TERBESAR DISINI- JELAJAH JEJAK MESRA RAKAN ALAM SEKITAR (JJMRAS)

$
0
0


Jabatan Alam Sekitar (JAS) bahagian Komunikasi Strategik di Putrajaya dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Zon Borneo (Sarawak) bersama- sama dengan wakil Media turut serta didalam program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) di Taman Negara Gunung Gading, yang terletak di Lundu, Sarawak.

Hampir 25 peserta yang turut mengambil bahagian ketika jelajah ke Taman Negara Gunung Gading. Tidak ketinggalan Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) turut disertai oleh Pengarah Komunikasi Strategik Jabatan Alam Sekitar Putrajaya, Dato' Abu Hasan bin Mohd Isa. 








Renjer yang mengetuai Ekspedisi mendaki Gunung Gading diketuai oleh Cik Antonia, yang berasal dari Lundu Sarawak dan berpengalaman hampir 20 tahun dengan laluan dikawasan Taman Negara Gunung Gading.

Sedikit penerangan daripada Renjer dan senaman ringan sebagai pemanas badan dilakukan sebelum aktiviti dimulakan. Peserta Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) turut dimaklumkan jarak mendaki  di Taman Negara Gunung Gading sejauh 3 kilometer dan mengambil masa sekitar 2 jam.






Terpampang di papan tanda bahawa terdapat 7 tempat air terjun didalam kawasan Taman Negara Gunung Gading. Dikenali sebagai Air Terjun 1, Air Terjun 3 dan juga Air Terjun 7. 








Setelah hampir separuh perjalanan, peserta Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) telah dimaklumkan jika bernasib baik pada hari tersebut, maka peserta dapat melihat sendiri Bunga Pakma atau lebih dikenali sebagai Bunga Rafflesia di Taman Negara Gunung Gading .

Alhamdulillah, rezeki kami pada hari tersebut kerana ada Bunga Rafflesia yang sedang berkembang dengan ukur lilitnya 56cm. Kepuasan jelas terpancar pada peserta Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) apabila berpeluang melihat secara dekat dan sempat bergambar bersama bunga terbesar itu tidak harus dilepaskan begitu sahaja.








Bunga Rafflesia yang telah mati akan berubah warna menjadi hitam seperti gambar dibawah.




Akhirnya setelah hampir 2 jam pendakian, peserta Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) tiba di Air Terjun ke 3. Peserta JJMRAS Ibu Pejabat Putrajaya dan JAS (Zon Borneo) Sarawak bersama- sama wakil Media bergambar kenangan bersama Pengarah Komunikasi Strategik Jabatan Alam Sekitar Putrajaya, Dato' Abu Hasan bin Mohd Isa.  









Selepas bergambar dan berehat seketika di Air Terjun 3,  peserta Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) kemudian pulang ke Siar Beach Resort untuk aktiviti yang seterusnya. Ternyata pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata- kata sepanjang pendakian pergi dan balik ke Taman Negara Gunung Gading. Moga pada masa hadapan, saya turut berpeluang lagi andaikata ada jemputan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar. Terima kasih... 









facebook.com/arj19

instagram: mrarj


Viewing all articles
Browse latest Browse all 70