Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 70

Ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park

$
0
0





Ibis Style KL Fraser Business Park merupakan Hotel yang terbesar di antara Ibis Style Hotel di Asia Pasifik. 

Di Ibis Style KL Fraser Business Park, imenyediakan 500 bilik standard , sesuai bagi mereka yang senantiasa sibuk dengan urusan perniagaan dan juga percutian.  

Lokasinya yang terletak di persimpangan antara Jalan Tun Razak dengan Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur sememangnya strategik. 




Ibis Styles KL Fraser
Ibis Maskot


Ibis Styles KL Fraser


Ibis Styles KL Fraser
lobi hotel



Berkonsepkan Hotel Ekonomi dengan konsep baru yang unik dan elegan, menitikberatkan keselesaan pengunjung dengan pelbagai warna dan penuh gaya pada setiap bilik dan tingkat hotel, ia mampu memberikan mood ceria dan memastikan pengunjung berbaloi membayar untuk menginap disini.

Kemudahan lain yang disediakan pada setiap bilik hotel ialah WiFiTV LCD 32 inci, Meja untuk bacaan, Minibar, Safetybox, iPhone Dock & Fasiliti Kopi dan Teh.




Ibis Styles KL Fraser
Single Bed


Ibis Styles KL Fraser
Kafeteria 


Ibis Styles KL Fraser
2 Single Beds



Penginapan di Hotel Ibis Style KL Fraser Business Park juga menyediakan 'Buffet Breakfast'. Antara menu yang terdapat di Hotel Ibis ialah Ala- Carte, Asian and Western Grill, Pasta dan juga Masakan Melayu. 

Bukan itu sahaja, di Hotel Ibis Style KL Fraser Business Park juga terdapat Restoran & Bar 'sTREATs', Inter@ctive Corner, 4 Bilik Meeting, Kids Corner & juga Gym disediakan untuk pengunjung, kesemuanya berada di tingkat 4 Hotel tersebut.

WiFi juga disediakan secara percuma di setiap bilik hotel dan juga setiap tingkat hotel.


Ibis Styles KL Fraser
Restoran sTREATs & Bar


Ibis Styles KL Fraser
Gym


Ibis Styles KL Fraser
Kids Corner


Bilik Meting



Perkhidmatan Teksi dan Shuttle juga disediakan secara percuma bagi tetamu Hotel Ibis Styles KL Fraser Business Park

Pihak hotel akan menyediakan Shuttle pada pukul 11 pagi dan juga 12 tengahari pada setiap hari. Setakat ini destinasi shuttel hanyalah dari Hotel Ibis ke Suria KLCC & Pusat Membeli belah Pavilion.



Ibis Styles KL Fraser
Teksi & Shuttle



Jika tidak mahu membawa kereta ke pusat bandar Kuala Lumpur, pelawat juga boleh memilih untuk menaiki kenderaan awam iaitu Light Rail Transit (LRT)

Dari Hotel Ibis Style KL Fraser Business Park,  melalui laluan jambatan yang menghubungkannya ke Light Rail Transit (LRT) Stesen Chan Sow Lin, dengan jarak kira- kira 500 meter secara tak langsung ia memudahkan pengunjung dan pelancong pergi ke Pusat Bandar Kuala Lumpur tanpa menempuh kesesakan jalanraya.



Ibis Styles KL Fraser



Ibis Styles KL Fraser




Sebarang pertanyaan boleh email ke H8552@accor.com atau boleh hubungi seperti alamat di bawah.



Ibis Styles KL Fraser Business Park
Kompleks Metro Pudu,
1 Jalan Metro Pudu 2,
Fraser Business Park,
55200 Kuala Lumpur.

Tel: +603 9232 8688







facebook.com/arj19
instagram: mrarj



Viewing all articles
Browse latest Browse all 70