Pertama kali saya dibawa masuk ke kilang mancis Kelantan Match Factory, saya tersenyum sendiri kerana teringat sejak saya kecil lagi saya sudah mengenali jenama ini. Namun tidak pernah pula terlintas bahawa suatu hari nanti saya akan melawat Kilang Mancis ini.
Kilang Mancis Cap Lada yang terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan dan telah beroperasi dari tahun 1933 iaitu kira- kira 82 tahun.
Untuk pengetahuan, hanya kotak dan mancis sahaja yang dibuat di kilang ini, manakala batang mancis di import dari negara China kerana kos penyelenggaraan jauh meningkat.
Kilang ini boleh menghasilkan 800,000 kotak mancis sehari dengan penggunaan mesin lama dan proses penghasilannya yang masih menggunakan kaedah tradisional. Secara tak langsung, bukan sahaja memberikan pulangan dan manfaat kepada masyarakat setempat khususnya dapat menyumbang kepada pendapatan negara.
Semasa lawatan Sahabat Media ke Kelantan Match Factory, hampir 30 orang pekerja yang sedang bertugas di Kilang Mancis tersebut. Tugas mereka tidaklah hanya khusus untuk sesuatu bahagian dalam menjalankan tugas, adakalanya mereka akan ditukarkan bahagian lain mengikut keperluan kilang.
Pada masa kini, mancis kayu masih lagi diperlukan walaupun permintaan dan pengeluarannya tidak sebanyak dahulu. Permintaan yang tinggi terhadap pemetik api moden mendorong situasi tersebut.
Kelantan Match Factory merupakan Kilang Mancis paling lama dan tertua di Malaysia dan masih beroperasi sehingga kini.
facebook.com/arj19
instagram: mrarj