Satun International Kite Festival 2015 merupakan acara tradisi di Satun dan telah menjadi acara tahunan sejak 35 tahun yang lalu. Penyertaannya bukan sahaja dari Thailand malah juga antarabangsa.
Festival ini diadakan di Lapangan Terbang Satun dan di anjurkan oleh Pejabat Pentadbiran Wilayah Satun dan mendapat sokongan penuh dari 5 Wilayah Sempadan Selatan Thailand.
Satun International Kite Festival 2015 bukan sahaja sebagai memelihara tradisi, mencipta penyatuan rakyat, mengeratkan silaturahim malah dapat menambah ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung membantu mempromosikan pelancongan di Satun selain dapat menjana pendapatan penduduk setempat.
Wakil dari Malaysia
Dianggarkan lebih daripada 150 layang- layang yang terbaik pertandingkan yang dibawa khas dari 38 buah negara termasuk dari Malaysia ke Satun dalam temasya gilang- gemilang pada tahun ini.
Sekalung tahniah untuk semua yang terlibat dan bertungkus lumus didalam acara yang meriah dan menjadikan acara Satun International Kite Festival 2015 ini "Biggest and Best Festival di Thailand". Dan berharap lebih banyak penyertaan dari luar negara pada masa akan datang agar ia bertambah meriah sambutannya.
Wakil Media dari Kuala Lumpur
CEO Pejabat Pentadbiran Wilayah Satun - Mr. Samrit Liangprasit& Pengarah Tourism Authority of Thailand - Ms. Karuna Dechatiwong Na Ayudhaya.
facebook.com/arj19
instagram: mrarj