Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 70

TANAH AINA FAHAD - LAIN DARIPADA YANG LAIN

$
0
0



Dengan berkeluasan 12,140 meter persegi dan struktur muka bumi dikelilingi hutan simpan semulajadi, Tanah Aina Fahad yang terletak di Raub, Pahang bakal menjadi salah satu pusat perkelahan yang berkonsepkan perkhemahan antara yang terbaik di Malaysia. Terletak dikawasan Hutan Simpan Gunung Benom dibawah kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, pengunjung bakal menikmati dan merasai keadaan hutan yang sebenar yang dihuni oleh hidupan flora dan fauna.


                                   









Tanah Aina Fahad merupakan Tanah Aina yang ke- 6 yang telah dibangunkan dan dimajukan. Mengambil masa hampir 1 tahun untuk memajukannya, bertujuan agar orang ramai dapat menghargai alam sekitar terutama kawasan hutan semulajadi  dan bukan untuk memusnahkannya kata Puan Sri Sharifah Sabrina Syed Akil yang juga merupakan Presiden, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA).















Setiap khemah boleh memuatkan seramai empat  hingga lima orang yang turut dilengkapi katil, tilam dan kipas. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa bilik mandi dan tandas yang disediakan di Tanah Aina Fahad setanding dengan hotel- hotel yang terdapat diluar sana. Tapak perkhemahan di Tanah Aina Fahad juga mampu menempatkan sehingga 20 khemah dalam satu- satu masa. Walaupun konsepnya perkhemahan namun Sahabat Media tetap rasa selesa bila berada didalam khemah tersebut.















Sahabat Media juga berpeluang menyertai aktiviti cara- cara mempelajari bacaan kompas semasa didalam hutan,  jungle trekking yang merentasi Hutan Simpan Gunung Benom dengan jarak perjalanan sejauh empat kilometer. Aktiviti asas seperti mandi sungai, 'tubing' dan juga unggun api di malam hari turut disediakan didalam acara bersama Sahabat Media. Tidak ketinggalan air terjun juga terdapat berdekatan dengan Tanah Aina Fahad. Pada masa akan datang aktiviti Flying Fox, melawat orang kampung serta mempelajari cara- cara menoreh getah akan diperkenalkan, tambah Puan Sri Sharifah Sabrina Syed Akil.














Para pengunjung yang ingin merasai percutian perkhemahan yang berkonsepkan semulajadi di Tanah Aina Fahad, boleh memandu kenderaan sendiri terus ke Hulu Dong, Raub Pahang. Perjalanan dari Ibukota Kuala Lumpur mengambil masa kira- kira 2 jam. Percutian perkhemahan yang pasti meninggalkan kenangan terindah di Tanah Aina Fahad.







facebook.com/arj19
instagram: mrarj




  












Viewing all articles
Browse latest Browse all 70