Jika anda berada di sekitar Bangkok, Thailand dan ingin mencari selera muslim, usah risau Usman Thai Muslim Food bersedia memenuhi impian selera anda. Kali ini wakil media bersama- sama dengan wakil daripada Tourism Authority of Thailand di bawa ke restoran tersebut. Kedatangan kami disambut mesra dengan penuh senyuman oleh pemilik restoran tersebut, En. Usman.
Melangkah masuk ke dalam restoran tersebut, kami terasa seperti berada di dalam restoran makanan di Malaysia apabila perbualan kami begitu lancar dengan En. Usman yang fasih berbahasa Melayu, Thai dan juga English. Kemesraan diantara beliau dengan pelanggan juga dapat dirasai walaupun pertama kali bertemu dan singgah di Usman Thai Muslim Food.
Pengusaha restoran tersebut, En Usman berusia 45 tahun dan mula berniaga sejak tahun 1998. Berasal dari Narathiwat, Thailand dan pernah bekerja di Hotel Imperial, Bangkok sebagai Front Desk, namun minat beliau terhadap dunia perniagaan telah menyebabkan beliau berhenti daripada kerja tersebut.
Bersama- sama dengan beliau ialah isterinya Puan Khatijah, 37 tahun pernah juga bekerja di Hotel sebagai Chef pada suatu masa dahulu. Berkat kesabaran kedua- dua pasangan ini, kini setelah hampir 17 tahun berniaga, Usman Thai Muslim Food mempunyai 8 orang pekerja malah isteri beliau sendiri merupakan Chef di restoran tersebut dan ianya bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan malah turut menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Bangkok.
Antara makanan yang menjadi pilihan di Usman Thai Muslim Food ialah Tomyam, Fried Fish with Chilli Sos, Fried Fish with Tomyam Sos, Crabmeat Omelette, Fish Cake, Shrimp Cake, Popia Goreng @ Seafood Spring Ball, Kelapa Jus Blender dan tidak lengkap jika tidak mencuba segelas Teh Ais Thai.
Uniknya, Pes Tomyam yang digunakan di Usman Thai Muslim Food adalah hasil daripada ciptaannya sendiri. Tidak terkecuali juga kami dihidangkan dengan Pulut Mangga sebagai pencuci mulut. Banyak lagi menu pilihan yang boleh didapati di Usman Thai Muslim Food. Harganya juga amatlah berpatutan.
Perancangan di masa hadapan kata En. Usman ialah menyediakan 'Muslim Backpackers' di tingkat atas restorannya di mana sebanyak 4 bilik dan mampu memuatkan sebanyak 8 katil keluarga bagi mereka yang mencari inapan di sekitar Bangkok. Ruang solat juga telah tersedia di tingkat 1. Kami di maklumkan bahawa sebanyak 60 % kerja- kerja sedang di jalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2015 insyaAllah, kata beliau.
Terima kasih kami ucapkan diatas layanan Usman Thai Muslim Food terutamanya En. Usman selaku pemilik dengan menu sajian masakan dan makanan yang segar, sedap dan semestinya persekitaran yang selesa beserta layanan yang baik. Jadi para pelancong yang berada di sekitar Bangkok, harus singgah dan mencuba resepi masakan yang disediakan oleh Usman Thai Muslim Food. Pasti berpuas hati. Terima kasih juga buat Tourism Authority of Thailand.
Alamat: Sukhumvit Soi 22, next to Imperial Queen's Park Hotel, Bangkok Thailand.
Buka : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tutup: Hari Jumaat
Tel : +66 81 855 7124
Fb : Usman Thai Muslim Food
instagram : mrarj
facebook.com/arj19