Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 70

MAEKLONG RAILWAY MARKET, THAILAND

$
0
0


Maeklong Railway Market atau dikenali juga dengan nama 'Death Risk Market' ini sememangnya unik, apatah lagi ianya hanya terdapat satu sahaja di Thailand. Tidak salah jika dikatakan hanya beberapa sahaja negara sahaja di dunia yang  mempunyai pasar dengan konsep tersebut. Manakan tidak, perniagaan di  ini  dijalankan  di atas laluan landasan keretapi yang masih aktif.

Kami di bawa oleh Mr. Paul ke  Maeklong Railway Station yang merupakan hentian terakhir keretapi tersebut. Mr. Paul merupakan tour guide kami sepanjang masa kami berada di Bangkok. Setibanya kami di tempat parkir di hadapan Maeklong Railway Market, keadaan ketika di pasar agak sibuk dengan urusan jual beli.






       Hari itu kami dimaklumkan bahawa ketibaan keretapi pada jam 9.30 pagi waktu tempatan. Biasanya 5 minit sebelum tibanya keretapi, peniaga sudah bersedia membuka khemah (kanopi) namun perniagaan tetap berjalan seperti biasa. Kelihatan suasana di Maeklong Railway Market riuh – rendah dengan orang ramai menyedari ketibaan keretapi. Jarak antara kami dengan keretapi cuma 2 meter sahaja. Selesai sahaja keretapi tersebut melintasi kami, maka para peniaga dengan segera membuka semula khemah (kanopi) dan meneruskan perniagaan kembali.






      Jarak Maeklong Railway Market ini adalah sejauh 100 meter. Di sini kebanyakkannya peniaga menjual barang- barang seperti sayur- sayuran, ikan kering, cili, buah- buahan dan juga ikan. Di bahagian dalam bangunan  juga terdapat peniaga- peniaga yang berniaga kebanyakkannya bahan- bahan basah seperti ikan, udang, ketam, sotong, keperluan dapur dan bermacam lagi. Pendek kata tidak puas mata memandang setiap barangan yang dijual di Maeklong Railway Market yang sememangnya segar dan murah. 

   







Maeklong Railway Market terletak kira- kira 70 kilometer dari bandaraya Bangkok. Bagi mereka yang menaiki kenderaan sendiri samada kereta atau van pelancong, perjalanan tersebut mengambil masa sekitar 1 jam.


   Bagi kami sendiri atau pelancong luar negara, pastinya teruja dengan Maeklong Railway Market  kerana bukan sahaja mudah untuk melihat keadaan seperti ini di negara lain malah secara tidak langsung ia juga turut membantu penduduk tempatan dalam menambahkan pendapatan disamping mempromosikan Thailand di mata dunia sebagai salah satu  pusat pelancongan yang harus di lawati jika melawat Thailand.
   
      








      Maeklong Railway Market dibuka kepada orang ramai seawal jam 6.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Maeklong Railway Station yang terletak di Phetchaburi merupakan  hentian terakhir bagi keretapi. Jika perlukan maklumat lanjut boleh hubungi atau layari melalui Tourism Authority of Thailand.


                      









instagram : mrarj
facebook.com/arj19

      


Viewing all articles
Browse latest Browse all 70