Terengganu sememangnya popular dengan Keropok Lekor. Sedap dan rasa ikannya mencukupi. Boleh saja dimakan rebus mahupun di goreng. Kembara Media ke Terengganu 2014 berkesempatan melawat ke tempat Keropok Lekor yang popular di Warisan Losong Enterprise, Terengganu.
Jaraknya dari Bandar Kuala Terengganu sekitar 10 minit sahaja perjalanan menaiki kereta. Berdekatan juga dengan Taman Tamadun Islam.
Bila musim cuti sekolah biasanya, Warisan Losong Enterprise boleh menghasilkan sebanyak 500 kilogram sehari. Wow!. Ketika Sahabat Kembara Media tiba, pekerja- pekerjanya sedang tekun menggentel tepung untuk menghasilkan keropok lekor. Saiznya yang agak sama membuat Sahabat Media terpaku seketika kerana tiada sukatan atau alat digunakan untuk mengukur saiz keropok lekor tersebut. Hampir sama sahaja saiz kesemuanya. Hebat!
2 orang pekerja sahaja sudah mencukupi bagi membungkus kuah cili keropok lekor di Warisan Losong Enterprise. Dalam masa seminit sahaja, beberapa bungkus telah tersedia. Sangat komited dan penuh dedikasi mereka bekerja.
Harga semasa Keropok Lekor di Warisan Losong Enterprise. Keropok Ikan , Sos Cili, Budu juga turut dipamerkan dan dijual di kedai tersebut.
facebook.com/arj19
instagram: mrarj