Setelah selesai aktiviti kami di Sungai Tiang, Royal Belum Perak, kami seramai 60 orang yang terlibat didalam FAM TRIP Cuti- Cuti 1 Malaysia Dekat Jer, meneruskan perjalanan menuju ke Air Terjun Sungai Kooi, Royal Belum di Perak. Untuk sampai ke sini, kami semua kena trekking merentasi denai sekitar 25 minit. Boleh dikatakan laluan disini tidaklah terlalu mencabar hihihi. Sedikit penerangan diberikan oleh Ranjer Hutan Royal Belum Perak sebelum ekspedisi ini diteruskan.
Di sepanjang laluan ini, kita bukan sahaja akan berjumpa dengan flora dan fauna malah kita akan mengenal pokok- pokok yang bersaiz besar bernilai ratusan dan ribuan ringgit seperti Merbau, Medang, Meranti, Cengal dan berbagai lagi.
Air Terjun Sungai Kooi di Royal Belum Perak mempunyai ketinggiannya sekitar 50 meter ke 60 meter. Jika anda berada berdekatan dengannya, anda pasti dihujani dengan tempias air yang kuat dan juga deruannya. Ia terhasil daripada ketinggian Air Terjun tersebut. Sememangnya pemandangan ini memukau bagi sesiapa sahaja yang datang ke sini khususnya pertama kali menjejakkan kaki di Air Terjun Sungai Kooi, Royal Belum Perak. Kami meluangkan masa untuk menikmati kesejukan dan kesegaran Air Terjun Sungai Kooi selama 45 minit. Ia juga merupakan tarikan utama pengunjung ke Hutan Royal Belum, Perak.
Saya sepatutnya 'datang lebih awal' ke Hutan Royal Belum sekiranya saya mengetahui betapa indahnya dan menariknya Air Terjun Sungai Kooi dan kawasan sekitarnya. InsyaAllah jika diizinkanNYA , saya akan datang lagi bersama keluarga dan sahabat- sahabat saya. SENYUM !!!
Terima kasih pada semua yang terlibat didalam FAM Trip Cuti- Cuti 1 Malaysia Dekat Jer, Royal Belum Perak ini terutama kepada Tourism Malaysia, Tourism Malaysia Perak, PTNP, NCIA, Arus Belum, Majalah Santai Travel & juga Blooggers Media.
facebook.com/ arj19
instagram: mrarj