Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all 70 articles
Browse latest View live

PHU PHA PETCH CAVE,SATUN

$
0
0


Phu Pha Petch Cave yang terletak di Wilayah Satun merupakan satu lagi tarikan pelancong yang terdapat di Thailand. Merupakan Gua yang Terbesar di Thailand dan no. 4 Terbesar di dunia. 

Wakil Media berpeluang untuk menyertai eksplorasi gua ini. Dari bawah kami mendaki anak tangga sejauh 240 meter untuk tiba di pintu masuk Gua. Kami menyewa lampu suluh setiap seorang dengan kadar bayaran 20 Baht agar memudahkan ketika berada didalam gua nanti.




240 meter


Pit Stop Pertama

Apabila tiba di depan pintu masuk gua, kami dapati ada tanda amaran ditulis dalam bahasa thai dan english mengenai syarat- syarat yang perlu dipatuhi ketika memasuki gua tersebut. 

Dengan bantuan lampu suluh kami perlahan- lahan merangkak memasuki ke dalam gua. Sesudah memasuki gua tersebut, barulah kami dapat merasai sedikit rasa sejuk dari dalam perut gua tersebut.


Pintu Masuk Gua
Syarat- syarat




Kami juga dimaklumkan bahawa Phu Pha Petch Cave ini berkeluasan sekitar 50 ekar dan pihak kerajaan Thailand sedang menunggu keputusan daripada pihak Unesco untuk ditabalkan sebagai Gua No.3 Terbesar di dunia.


Diamond Curtain
Diamond
The Coral Diamond Dew Room

Phu Pha Petch Cave ini lengkap dengan pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit yang unik. Apa yang kami dapati didalam gua tersebut ada yang tajam, ada yang berbentuk cendawan, ada yang berkilauan bak permata, berbentuk karang dan dari satu sudut kita boleh melihat seolah- olah bentuk wanita. Dari sudut ketinggian pula,gua ini meningkat 2 mm setiap tahun ujar En. Ahmad (Renjer Phu Pha Petch Cave).



Diamond of the ring room


Bersama En. Ahmad (Renjer Phu Pha Petch Cave) & Mr. David (Tour Guide Thailand)


Buka: 8.30am- 3.30pm (Setiap Hari) & 8.30am - 4pm (Cuti Umum)

Bayaran: 30 Baht (Dewasa) & 10- 20 Baht (Pelajar) 

                                




instagram: mrarj
facebook.com/arj19









NAMTOK WANG SAI THONG WATERFALL, SATUN

$
0
0


Air Terjun Namtok Wang Sai Thong yang terletak di Satun sememangnya cantik. Jika hujan lebat dan banyak airnya maka akan kelihatan pelangi di tingkatan air terjun tersebut. 

Kami tiba di Air TerjunNamtok Wang Sai Thong agak lewat iaitu pada jam 6 petang. Tiada kelibat pelancong mahupun pengunjung yang mandi- manda atau bersantai di situ.








Jaraknya Air Terjun Namtok Wang Sai Thong dari Jalan Satun - La Ngu di Ban Ko Tang, Tambong Kamphaeng kira- kira 26 kilometer, manakala dari Bridge di daerah Thung Wa Wa, Tambon Pa Kae Bo Hin sekitar 19 kilometer.





Kolam air terjun di setiap lembangan batu kapur ini menyerupai teratai mekar apabila air terjun itu jatuh hingga ke tahap tersebut. Kawasan Air TerjunNamtok Wang Sai Thong ini mempunyai pokok- pokok rendang yang besar dan sangat sesuai untuk rekreasi dan bersantai.



Rendam kepala pun dah memadai



Masa Operasi: 24 Jam

Hari Operasi: Setiap Hari







instagram: mrarj
facebook.com/arj19



KOH LIPE !!

$
0
0


Sebut sahaja ingin bercuti di pulau sekitar Thailand, pastilah nama Krabi, Phuket dan juga Trang merupakan pilihan utama kerana nama ini cukup sinonim dengan pulau- pulau yang indah, cantik dan sering dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia.

Satu lagi kawasan yang menjadi tumpuan tika ini ialah Satun. Ia terletak di Selatan Thailand dengan jaraknya kira- kira 973 kilometer dari Bangkok dan 30 kilometer dari sempadan Wang Kelian, Perlis. Ia juga mempunyai beberapa buah pulau yang cantik serta menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Salah satu pulau tersebut ialah Koh Lipe








Terletak di Laut Andaman, Koh Lipe juga terkenal dengan kejernihan airnya berwarna hijau dan biru serta kehalusan pasir pantainya yang memutih. Terdapat 3 lokasi utama di Koh Lipe iaitu Pattaya Beach, Sunrise Beach dan Sunset Beach. 




Perjalanan kami bermula dari Hotel Sinkiat Buri di Satun menuju ke Jeti Pak Bara. Tepat jam 9.30 pagi waktu tempatan, kami menaiki Speed Bot ‘Ploysiam’  yang boleh memuatkan hampir 40 orang penumpang pada satu- satu masa dan menuju ke Koh Lipe. Perjalanan meredah ombak di Laut Andaman itu sejauh 83 kilometer dan mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Jika pelancong dari Malaysia ingin ke Koh Lipe, ia juga boleh menaiki Feri dari Jeti di Pulau Langkawi.

Sesudah 1 jam perjalanan, kami berhenti seketika di destinasi pertama kami iaitu Koh Khai. Batu semulajadi berbentuk seperti ‘pintu gerbang’ ini merupakan simbol atau mercu tanda bagi Taman Negara Tarutao. Koh Khai merupakan sebuah pulau kecil dengan pasir pantai yang putih dan halus, kejernihan dan kebiruan airnya menyerlahkan lagi keindahan persekitaran Koh Khai. Walaupun hanya 30 minit kami berada di Koh Khai, namun ia sudah cukup untuk meninggalkan kenangan.











Alhamdulilah, kami tiba di Jeti Koh Lipe 30 minit kemudian dan bertukar menaiki bot penambang untuk ke tepi pantai. Bayaran untuk bot penambang ialah 50 Baht. Ia mengambil masa kurang dari 10 minit. Cantik, Koh Lipe sememangnya sangat cantik. Mata terpaku seketika dek penangan keindahan Koh Lipe. Hati melonjak kegembiraan bagi kami yang pertama kali datang menjejakkan kaki di Koh Lipe.










Di  Koh Lipe, hampir 50 tempat inapan yang boleh didapati daripada serendah- rendah bajet seperti Guesthouse, Banglo, Resort hingga ke Hotel.

Bagi pelancong yang ingin mendapatkan khidmat kenderaan untuk dibawa ke resort penginapan atau berjalan- jalan di sekitar Koh Lipe, bolehlah menyewa kenderaan 'pacuan empat roda'& juga 'teksi' yang disediakan. Bayaran bergantung kepada jarak destinasi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Koh Lipe dan kawasan- kawasan yang sekitarnya, boleh layari laman web dan hubungi Tourism Authority of ThailandAmazing Thailand...











Jeti Dari:

Pak Bara ke Koh Lipe.
Pulau Langkawi ke Koh Lipe.


Masa Feri Beroperasi :

Adang Sea Tours.
9.00 a.m
10.00 a.m

Speed Boat Company Limited.

11.00 a.m
11.30 a.m
01.00 p.m
01.30 p.m



Bayaran Feri:
Sehala: 750 Baht.
Pergi Balik: 1,200 Baht.

Bayaran Bot Penambang:
Sehala: 50 Baht.





facebook.com/arj19
instagram: mrarj







USMAN THAI MUSLIM FOOD, BANGKOK

$
0
0


Jika anda berada di sekitar Bangkok, Thailand dan ingin mencari selera muslim, usah risau Usman Thai Muslim Food bersedia memenuhi impian selera anda. Kali ini wakil media bersama- sama dengan wakil daripada Tourism Authority of Thailand di bawa ke restoran tersebut. Kedatangan kami disambut mesra dengan penuh senyuman oleh pemilik restoran tersebut, En. Usman. 


Melangkah masuk ke dalam restoran tersebut, kami terasa seperti berada di dalam restoran makanan di Malaysia apabila perbualan kami begitu lancar dengan En. Usman yang fasih berbahasa Melayu, Thai dan juga English. Kemesraan diantara beliau dengan pelanggan juga dapat dirasai walaupun pertama kali bertemu dan singgah di Usman Thai Muslim Food.









Pengusaha restoran tersebut, En Usman berusia 45 tahun dan mula berniaga sejak tahun 1998. Berasal dari Narathiwat, Thailand dan pernah bekerja di Hotel Imperial, Bangkok sebagai Front Desk, namun minat beliau terhadap dunia perniagaan telah menyebabkan beliau berhenti daripada kerja tersebut. 

Bersama- sama dengan beliau ialah isterinya Puan Khatijah, 37 tahun pernah juga bekerja di Hotel sebagai Chef pada suatu masa dahulu. Berkat kesabaran kedua- dua pasangan ini, kini setelah hampir 17 tahun berniaga, Usman Thai Muslim Food mempunyai 8 orang pekerja malah isteri beliau sendiri merupakan Chef di restoran tersebut dan ianya bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan malah turut menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Bangkok.










Antara makanan yang menjadi pilihan di Usman Thai Muslim Food ialah Tomyam, Fried Fish with Chilli Sos, Fried Fish with Tomyam Sos, Crabmeat Omelette, Fish Cake, Shrimp Cake, Popia Goreng @ Seafood Spring Ball, Kelapa Jus Blender dan tidak lengkap jika tidak mencuba segelas Teh Ais Thai

Uniknya, Pes Tomyam yang digunakan di Usman Thai Muslim Food adalah hasil daripada ciptaannya sendiri. Tidak terkecuali juga kami dihidangkan dengan Pulut Mangga sebagai pencuci mulut. Banyak lagi menu pilihan yang boleh didapati di Usman Thai Muslim Food. Harganya juga amatlah berpatutan.












Perancangan di masa hadapan kata En. Usman ialah menyediakan 'Muslim Backpackers' di tingkat atas restorannya di mana sebanyak 4 bilik dan mampu memuatkan sebanyak 8 katil keluarga bagi mereka yang mencari inapan di sekitar Bangkok. Ruang solat juga telah tersedia di tingkat 1. Kami di maklumkan bahawa sebanyak 60 % kerja- kerja sedang di jalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2015 insyaAllah, kata beliau.








Terima kasih kami ucapkan diatas layanan Usman Thai Muslim Food terutamanya En. Usman selaku pemilik dengan menu sajian masakan dan makanan yang segar, sedap dan semestinya persekitaran yang selesa beserta layanan yang baik. Jadi para pelancong yang berada di sekitar Bangkok, harus singgah dan mencuba resepi masakan yang disediakan oleh Usman Thai Muslim Food. Pasti berpuas hati. Terima kasih juga buat Tourism Authority of Thailand.

Alamat: Sukhumvit Soi 22, next to Imperial Queen's Park Hotel, Bangkok Thailand.

Buka : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tutup: Hari Jumaat
Tel    : +66 81 855 7124
Fb     : Usman Thai Muslim Food






instagram : mrarj
facebook.com/arj19








MAEKLONG RAILWAY MARKET, THAILAND

$
0
0


Maeklong Railway Market atau dikenali juga dengan nama 'Death Risk Market' ini sememangnya unik, apatah lagi ianya hanya terdapat satu sahaja di Thailand. Tidak salah jika dikatakan hanya beberapa sahaja negara sahaja di dunia yang  mempunyai pasar dengan konsep tersebut. Manakan tidak, perniagaan di  ini  dijalankan  di atas laluan landasan keretapi yang masih aktif.

Kami di bawa oleh Mr. Paul ke  Maeklong Railway Station yang merupakan hentian terakhir keretapi tersebut. Mr. Paul merupakan tour guide kami sepanjang masa kami berada di Bangkok. Setibanya kami di tempat parkir di hadapan Maeklong Railway Market, keadaan ketika di pasar agak sibuk dengan urusan jual beli.






       Hari itu kami dimaklumkan bahawa ketibaan keretapi pada jam 9.30 pagi waktu tempatan. Biasanya 5 minit sebelum tibanya keretapi, peniaga sudah bersedia membuka khemah (kanopi) namun perniagaan tetap berjalan seperti biasa. Kelihatan suasana di Maeklong Railway Market riuh – rendah dengan orang ramai menyedari ketibaan keretapi. Jarak antara kami dengan keretapi cuma 2 meter sahaja. Selesai sahaja keretapi tersebut melintasi kami, maka para peniaga dengan segera membuka semula khemah (kanopi) dan meneruskan perniagaan kembali.






      Jarak Maeklong Railway Market ini adalah sejauh 100 meter. Di sini kebanyakkannya peniaga menjual barang- barang seperti sayur- sayuran, ikan kering, cili, buah- buahan dan juga ikan. Di bahagian dalam bangunan  juga terdapat peniaga- peniaga yang berniaga kebanyakkannya bahan- bahan basah seperti ikan, udang, ketam, sotong, keperluan dapur dan bermacam lagi. Pendek kata tidak puas mata memandang setiap barangan yang dijual di Maeklong Railway Market yang sememangnya segar dan murah. 

   







Maeklong Railway Market terletak kira- kira 70 kilometer dari bandaraya Bangkok. Bagi mereka yang menaiki kenderaan sendiri samada kereta atau van pelancong, perjalanan tersebut mengambil masa sekitar 1 jam.


   Bagi kami sendiri atau pelancong luar negara, pastinya teruja dengan Maeklong Railway Market  kerana bukan sahaja mudah untuk melihat keadaan seperti ini di negara lain malah secara tidak langsung ia juga turut membantu penduduk tempatan dalam menambahkan pendapatan disamping mempromosikan Thailand di mata dunia sebagai salah satu  pusat pelancongan yang harus di lawati jika melawat Thailand.
   
      








      Maeklong Railway Market dibuka kepada orang ramai seawal jam 6.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Maeklong Railway Station yang terletak di Phetchaburi merupakan  hentian terakhir bagi keretapi. Jika perlukan maklumat lanjut boleh hubungi atau layari melalui Tourism Authority of Thailand.


                      









instagram : mrarj
facebook.com/arj19

      

RESORT DI KOH LIPE - ANDA RESORT.

$
0
0



Koh Lipe di Thailand juga dikenali sebagai tempat percutian yang menarik seperti Krabi dan juga Phuket. Banyak resort dan hotel boleh anda dapati di Koh Lipe. Hampir 50 tempat inapan yang boleh didapati daripada serendah- rendah bajet seperti Guesthouse, Chalet, Hotel dan juga Resort dengan harga yang berpatutan. Ia menawarkan banyak pilihan penginapan yang berhampiran dengan pantai. 

       Koh Lipe terbahagi kepada 3 bahagian. Pattaya Beach, Sunrise Beach (terbit matahari) &  Sunset Beach (tenggelam matahari). Kali ini, kami telah dibawa oleh pihak Tourism Authority of Thailand ke salah satu resort yang terdapat di Koh Lipe iaitu Anda ResortIa terletak di Sunrise Beach dan lokasinya yang strategik ini merupakan tempat matahari terbit yang membolehkan kita melihat panorama indah di waktu awal pagi.


Pemandangan







       Anda Resort menampilkan dekorasi yang unik, resort yang cantik dengan pemandangan pantai yang memukau mata, menawarkan bilik- bilik yang begitu menawan bak seperti pasangan yang ingin berbulan madu. Anda Resort juga mempunyai sebuah kolam renang yang besar di tengah- tengah resort dan juga sebuah restoran dengan kepakaran masakan jenis Thai dan Western dimana sambil menikmati hidangan yang lazat, pelancong boleh terus melihat pemandangan pantai.


Kolam Renang

Restoran


       Kedudukan Anda Resort sememangnya strategik. Jika tidak menyewa teksi- motor dan hanya berjalan kaki, masa yang diambil sekitar 16 minit yang diperlukan untuk ke Sunset Beach bagi melihat suasana tenggelamnya matahari. Begitu juga untuk ke Walking Street (Pusat Utama di Koh Lipe) yang mempunyai banyak kedai- kedai makan, kedai barangan menjual cenderamata dan pelbagai lagi, ia mengambil masa  sekitar 15 minit - 20 minit.




Spa & Refleksologi 





       Ada 3 jenis inapan yang boleh didapati di Anda Resort. Antaranya Standard, Superior & Superior Villa. Harga inapan di Anda Resort bermula daripada 2000 Baht (RM 200++) hingga 8000 Baht (RM800) bergantung ketika ingin membuat tempahan. Yang pasti percutian itu pastinya mendapat layanan yang terbaik daripada pihak Anda Resort dan bakal pulang dengan meninggalkan memori indah.










Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari & hubungi Tourism Authority of Thailand.


Alamat: Moo 7, Koh Sarai Tumbon, Muang, Satun 91000 Koh Lipe, Thailand.







instagram: mrarj
facebook.com/arj19



PENANGAN HARIMAU MALAYA 'SCARFACE' - 5 MAUT & 1 CEDERA

$
0
0

Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan  (National Wildlife Rescue Centre NWRC) berfungsi sebagai pusat menyelamat hidupan liar selaras dengan kehendak Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 [Akta 716] bagi menerajui aktiviti 3R (Rescue, Rehabilitation & Release) hidupan liar. 

Terletak di Rezab Hidupan Liar di Sungkai Perak, Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), dibangunkan pada bulan Ogos 2013, berkeluasan sekitar 24 ekar dengan pemindahan Harimau Malaya dari Zoo Melaka.

Harimau Malaya 'Scarface' ini telah ditemui di Jeli, Kelantan dan kini telah berusia 16 tahun. Mempunyai rekod membaham manusia. Kembara Bersama Media NRE dimaklumkan bahawa seramai 5 orang telah maut dan hanya seorang yang telah terselamat tetapi cedera.













Pengurusan  Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai ini diuruskan oleh Jabatan PERHILITAN dan dibawah pengawasan oleh En. Azhar. Kembara Bersama Media dimaklumkan bahawa pembangunan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) merangkumi 3 Fasa.

Fasa 1 telah siap sepenuhnya. Dimana 5 blok kurungan Harimau Malaya telah pun siap. Bagi Fasa ke- 2 yang meliputi Kuarters kakitangan (telah siap), pejabat dan klinik masih lagi didalam pembinaan. Fasa ke- 3 adalah pembinaan bekalan air terawat, pembinaan kurungan tambahan (bagi spesis beruang, harimau kumbang, primat dan burung).












Antara Hidupan Liar yang sedang direhabilitasi termasuk 15 ekor Harimau Malaya (5 jantan, 10 betina), 2 ekor Harimau Dahan dan 2 ekor Beruang Matahari. Walaupun begitu, terdapat juga hidupan liar yang telah diselamatkan dan dilepaskan semula, diantaranya Tapir sebanyak 6 ekor, Beruang sebanyak 4 ekor, Harimau Kumbang 1 ekor dan Ungka sebanyak 6 ekor.










Perancangan masa hadapan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) adalah menyediakan kemudahan khusus bagi spesis beruang, harimau kumbang, primat dan burung yang diselamatkan. Tidak terkecuali untuk rewild Harimau Malaya sebelum dilepaskan ke habitat asal serta meningkatkan kemahiran kakitangan jabatan di dalam bidang menyelamat hidupan liar.

















Grup Foto diantara Kembara Bersama Media NRE dan Petugas Jabatan Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) Sungkai, Perak.



KEROPOK LEKOR LOSONG - KEMBARA MEDIA KE TERENGGANU 2014

$
0
0

Terengganu sememangnya popular dengan Keropok Lekor. Sedap dan rasa ikannya mencukupi. Boleh saja dimakan rebus mahupun di goreng. Kembara Media ke Terengganu 2014 berkesempatan melawat ke tempat Keropok Lekor yang popular di Warisan Losong Enterprise, Terengganu.

Jaraknya dari Bandar Kuala Terengganu sekitar 10 minit sahaja perjalanan menaiki kereta. Berdekatan juga dengan Taman Tamadun Islam.












Bila musim cuti sekolah biasanya, Warisan Losong Enterprise boleh menghasilkan sebanyak 500 kilogram sehari. Wow!. Ketika Sahabat Kembara Media tiba, pekerja- pekerjanya sedang tekun menggentel tepung untuk menghasilkan keropok lekor. Saiznya yang agak sama membuat Sahabat Media terpaku seketika kerana tiada sukatan atau alat digunakan untuk mengukur saiz keropok lekor tersebut. Hampir sama sahaja saiz kesemuanya. Hebat!
















2 orang pekerja sahaja sudah mencukupi bagi membungkus kuah cili keropok lekor di Warisan Losong Enterprise. Dalam masa seminit sahaja, beberapa bungkus telah tersedia. Sangat komited dan penuh dedikasi  mereka bekerja.





















Harga semasa Keropok Lekor di Warisan Losong Enterprise. Keropok Ikan , Sos Cili, Budu juga turut dipamerkan dan dijual di kedai tersebut.
























facebook.com/arj19
instagram: mrarj





HUTAN ROYAL BELUM, PERAK- AIR TERJUN SG. RUOK

$
0
0






Hutan Royal Belum yang terletak di utara hujung negeri Perak ini masih dikekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.

       Antara destinasi yang harus dikunjungi bila anda ke Hutan Royal Belum iaitu Air Terjun Sg. Ruok. Perjalanan ke Air Terjun Sg. Ruok mengambil masa sekitar 20- 30 minit dengan menaiki bot dari Jeti Awam Royal Belum. 

       Kemudian, kami berjalan kaki sekitar 15 minit merentasi denai untuk sampai ke Air Terjun Sg. Ruok. Terdapat juga ribuan ikan- ikan kelah yang dijaga dan dipantau rapi oleh Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di kawasan sekitarnya. Di kawasan Air Terjun Sg. Ruok, hanya mandi- manda sahaja yang dibenarkan. Memancing adalah dilarang sama sekali.


                                       







Kami tidak melepaskan peluang untuk mandi di Air Terjun Sg. Ruok. Airnya yang sejuk menambahkan lagi kegembiraan kepada peserta yang terlibat didalam program FAMTrip kali ini. 

       Bergambar kenangan bersama wakil daripada Tourism Malaysia Perak, NCIA, PTNP dan wakil Media sebelum berangkat pulang ke Houseboat.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                









Terima kasih buat #Tourism Malaysia Perak #NCIA #ArusBelum #PTNP #MajalahSANTAITravel #BloogersMedia... Cuti- Cuti 1 Malaysia "Dekat Je".





facebook.com/ arj19
instagram: mrarj 




AIR TERJUN SUNGAI KOOI, ROYAL BELUM PERAK.

$
0
0



Setelah selesai aktiviti kami di Sungai Tiang, Royal Belum Perak, kami seramai 60 orang yang terlibat didalam FAM TRIP Cuti- Cuti 1 Malaysia Dekat Jer, meneruskan perjalanan menuju ke Air Terjun Sungai Kooi, Royal Belum di Perak. Untuk sampai ke sini, kami semua kena trekking merentasi denai sekitar 25 minit. Boleh dikatakan laluan disini tidaklah terlalu mencabar hihihi. Sedikit penerangan diberikan oleh Ranjer Hutan Royal Belum Perak sebelum ekspedisi ini diteruskan. 

























Di sepanjang laluan ini, kita bukan sahaja akan berjumpa dengan flora dan fauna malah kita akan mengenal pokok- pokok yang bersaiz besar bernilai ratusan dan ribuan ringgit seperti Merbau, Medang, Meranti, Cengal dan berbagai lagi.

    








Air Terjun Sungai Kooi di Royal Belum Perak mempunyai ketinggiannya sekitar 50 meter ke 60 meter. Jika anda berada berdekatan dengannya, anda pasti dihujani dengan tempias air yang kuat dan juga deruannya. Ia terhasil daripada ketinggian Air Terjun tersebut. Sememangnya pemandangan ini memukau bagi sesiapa sahaja yang datang ke sini khususnya pertama kali menjejakkan kaki di Air Terjun Sungai Kooi, Royal Belum Perak. Kami meluangkan masa untuk menikmati kesejukan dan kesegaran Air Terjun Sungai Kooi selama 45 minit. Ia juga merupakan tarikan utama pengunjung ke Hutan Royal Belum, Perak.






Saya sepatutnya 'datang lebih awal' ke Hutan Royal Belum sekiranya saya mengetahui betapa indahnya dan menariknya Air Terjun Sungai Kooi dan kawasan sekitarnya. InsyaAllah jika diizinkanNYA , saya akan datang lagi bersama keluarga dan sahabat- sahabat saya. SENYUM !!!

Terima kasih pada semua yang terlibat didalam FAM Trip Cuti- Cuti 1 Malaysia Dekat Jer, Royal Belum Perak ini terutama kepada Tourism Malaysia, Tourism Malaysia Perak, PTNP, NCIA, Arus Belum, Majalah Santai Travel & juga Blooggers Media.


facebook.com/ arj19
instagram: mrarj

Viewing all 70 articles
Browse latest View live