~ ZIARAH WIDA ~
Tiap- tiap orang yang hendak meninggalkan Madinah Al- Munawarrah juga disunatkan berziarah selamat tinggal kepada Rasulullah SAW sebagai menghormatinya dan keluar setelah berziarah itu.
Alhamdulilah, sempat solat jumaat di Masjid Nabawi...
Para jemaah menunggu solat jumaat...
Selepas solat, kami bersiap- siap untuk check- out dari hotel di Madinah Al- Munawarrah untuk melakukan Umrah pertama di Mekah Al Mukarammah.
Jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram).
Jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif.
Jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram).
Jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif.
bergambar bersama keluarga membelakangi pokok kurma di Masjid Bir Ali.
bersama mutawwif, Ustaz Nur Muhammad
ahli keluarga...
Jemaah dari negara lain..
~ Rukun Pertama: Niat Miqat di Masjid Bir Ali ~
Disini para jemaah melakukan solat sunat ihram & niat melakukan Umrah.
Ertinya: Aku bersolat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
Ertinya: Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta'ala.
Ertinya: Aku bersolat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
Ertinya: Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta'ala.
Kemudian perjalanan diteruskan menuju ke Mekah Al- Mukarammah. Dan kami berhenti di Wadi Qudaid untuk solat & makan malam.. Tu diaa!!! 1 talam nasi untuk 4 orang... Alhamdulilah kenyang :)
Kawasan persekitaran Wadi Qudaid...
Masjid Tanaim @ Masjid Aisyah r.a
Alhamdulilah kami tiba di Mekah Al- Mukarammah lebih kurang jam 11.30 mlm. Selepas Check- in di Nada Hotel, kira- kira jam 12.30 am, kami terus melakukan Tawaf di Masjidil Haram.
~ Rukun Kedua: Tawaf ~
Lafaz niat Tawaf umrah.
Ertinya: Ya Allah, aku hendak tawaf Baitullahil Haram tujuh kali tawaf umrah maka permudahkanlah dan terimalah ia daripadaku kerana Allah Ta'ala.
Setelah selesai tawaf dan berdoa di Multazam, maka lakukanlah solat sunat dua rakaat tawaf.
Selesai solat sunat tawaf, kami terus mengerjakan Saie Umrah...
~ Rukun Ketiga: Saie ~
~ Rukun Ketiga: Saie ~
Apabila tiba di Bukit Safa dan menghadap ke Kaabah sambil membaca lafaz niat:
Ertinya: Ya Allah, aku hendak bersaie diantara Safa dan Marwah tujuh kali, Saie umrah kerana Allah Ta'ala.
Kemudian lambaikan kedua- dua belah tangan ke Kaabah dengan mengucap "Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar Walillahilhamdu".
Mulai bersaie dengan melangkah kaki kanan.
Setiap kali melalui diantara dua tiang hijau maka sambil berlari- lari anak bacalah doa:
Ertinya: Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami dengan kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui dan Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.
Kemudian berjalanlah seperti biasa dan sambunglah membaca doa saie yang berbaki lagi.
Setelah tamat perjalanan Saie pusingan ketujuh di Bukit Marwah, bertakbirlah tiga kali dan berdoa.
~ Rukun Keempat: Bercukur/ Bergunting untuk Bertahlul ~
Keluarkan gunting dan dengan memegang rambut dikepala seelok- eloknya rambut yang disebelah kanan hadapan kepala. Boleh juga bercukur malah lebih afdal bagi lelaki.
Setelah selesai bergunting atau bercukur maka jemaah sudah pun bertahlul ( keluar dari ihram), bebaslah dari segala pantang- larang. Ini bererti urusan Umrah sudah selesai... Alhamdulilah
~ Rukun Kelima: Tertib ~.
Jemaah umrah perlu memahami bahawa tertib pada rukun Umrah ialah mendahulukan Niat di Miqat sebelum melakukan Tawaf, begitu juga hendaklah dilakukan Tawaf dengan sempurna sebelum bersaie...
Selepas Saie barulah boleh bergunting untuk bertahlul...