Alhamdulilah, tahun 2014 merupakan tahun ke- 2 saya berniaga didalam bulan Ramadhan. Lokasi yang sama seperti tahun 2013, di tapak no. 4, Jalan Jujur 1, Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur.
Proses pertama adalah memohon lesen perniagaan yang telah disediakan oleh Pihak Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jawatankuasa yang telah dilantik iaitu Persatuan Peniaga Pasar Pagi Bandar Tun Razak. Kemudian bayaran tapak bazar ramadhan beserta dokumen yang telah lengkap diisi.
Waktu berniaga bermula jam 4.00 petang hingga 7.30 malam. Hari Jumaat dan Sabtu merupakan hari yang sibuk berbanding dengan hari- hari lain. Biasanya saya dibantu oleh anak & anak saudara saya.
Berniaga Air Kelapa Laut, memang menyeronokkan tambah- tambah lagi apalagi pelanggan setia sudah menunjukkan 'minat' terhadap air tersebut. Air Kelapa Laut juga sesuai bagi meredakan batuk, sakit tekak, menyejukkan badan,mengelakkan kanak- kanak yang baru nak kena demam campak & banyak lagi khasiatnya insyaAllah.
Tetamu istimewa kami iaitu Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Yang Berhormat Parlimen 124, Bandar Tun Razak turun padang sewaktu program menyampaikan Bubur Lambuk kepada peniaga- peniaga di Bazar Ramadhan, sempat singgah di Tapak Berniaga Air Kelapa Laut.
Peluang tersebut tidak akan dilepaskan dengan begitu sahaja, malah Tan Sri dengan sifat peramah dan mesra mengajak saya bergambar sebagai tanda kenangan... terima kasih Tan Sri :)
Air bang, air kak, kelapa laut, kelapa laut... payah carik senang dapat ha ha ha !!! :)