Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 70

KEMBARA MEDIA 2014 KE TERENGGANU ( TAMAN HERBA )

$
0
0

Kembara Media 2014 sempat singgah di Taman Herba, Tasik Kenyir ketika perjalanan balik dari Air Terjun Lasir. Taman Herba tersebut yang mempunyai keluasan sekitar 15.8 hektar dan terletak di Pulau Sah Kecil, Tasik Kenyir. Jarak diantara Taman Herba dengan Pengkalan Gawi adalah sejauh 7 kilometer dan mengambil masa kira- kira 15minit perjalanan dengan menggunakan bot laju.










Krew Kembara Media 2014 ke Terengganu dimaklumkan bahawa kira- kira 26,000 pokok ditanam disini, dimana dianggarkan sebanyak 230 jenis pokok termasuk pokok herba bagi tujuan pelancongan, pendidikan serta penyelidikan & pembangunan untuk perubatan. 

Antara pokok herba yang terdapat disini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Mahkota Dewa dan banyak lagi. Pokok Cengal juga didapati di Taman Herba ini. Ia merupakan antara pokok yang mempunyai nilai harga yang sangat tinggi di pasaran.                                                                                                           








Akar pokok herba Tongkat Ali hendaklah dipotong menjadi kecil dan diracik halus- halus. Kemudian dicampurkan dengan air dan direneh sehingga mendidih. Seperti gambar diatas, proses untuk menghasilkan Air Herba yang lain juga hampir sama. 

Krew Kembara Media 2014 diberi peluang untuk menikmati rasa sebenar Air Tongkat Ali & juga Air Kacip Fatimah bagi kaum wanita di Taman Herba tersebut. Dan hasilnya selepas minum, ternyata pahit dan tubuh berpeluh tetapi kemudian terasa segar seketika.








"Kalau tak pahit, bukanlah Tongkat Ali namanya" mengungkap kembali kata- kata didalam sebuah iklan yang menggunakan Air Tongkat Ali. 

Perjalanan Kembara Media 2014 seterusnya kembali ke Pengkalan Gawi dan diikuti dengan destinasi seterusnya melawat  Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu.




facebook.com/arj19
instagram : mrarj


Viewing all articles
Browse latest Browse all 70