Kali ni, makan tengahari kami bersama Sahabat Media Visit Malaysia Year 2014 (SMVMY2014) dibawa ke Restoran ' YATI ayam percik ' yang terletak di 847, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Disini ayam percik disajikan bersama nasi kerabu sebagai menu utama.
Tidak ketinggalan juga menu yang lain seperti gulai kawah, kerabu kaki ayam, acar juga turut disajikan di restoran tersebut. Ini merupakan pengalaman pertama saya bersama pihak Sahabat Media VMY2014 merasai menu dan menikmati juadah di Restoran 'YATI ayam percik'.
Deretan pelbagai jenis kuih- muih yang menarik setibanya anda semua memasuki pintu Restoran 'YATI ayam percik' ini. Pasti pening dengan pilihan yang mana dahulu hendak diambil sebagai hidangan.
Sahabat Media VMY2014 juga teruja dengan pelbagai jenis kuih muih dan manisan yang turut disediakan di Restoran 'YATI ayam percik'. Rambang mata dibuatnya.
Kuih Akok adalah salah satu kuih tradisi dan juga sangat terkenal di negeri Kelantan.
Pulut juga turut mendapat tempat bagi juadah makanan di negeri Kelantan.
Memang sedap makan tengahari kami di Restoran 'YATI ayam percik'. Sekiranya sahabat semua ke negeri Kelantan, jangan lupa untuk singgah makan di Restoran ini. Dibuka seawal jam 11. 00 pagi sehingga 11. 00 malam pada setiap hari dan hari Jumaat pula, dibuka pada jam 3.30 ptg sehingga 11. 30 malam.
Selamat Menjamu Selera.
facebook.com/arj19
instagram : mrarj