Alhamdulilah para jemaah semua selamat mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah.
Penerbangan mengambil masa selama 9jam 30minit.
Penerbangan mengambil masa selama 9jam 30minit.
Selepas hampir 1jam setengah berurusan di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah para jemaah dibawa menaiki bas yang siap menunggu untuk ke Tanah Haram Madinah Al- Munawarrah.
Pemandangan sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Madinah :)
Para jemaah berhenti solat jamak zohor & asar di Wadi Firaq.
Makan tengahari juga disediakan disini dengan menu Nasi Arab :)
Alhamdulilah... saya makan ni sahaja ...
kemudian perjalanan diteruskan menuju Madinah Al- Munawarrah...
Sewaktu memasuki Kota Madinah, Mutawwif akan membaca doa bersama- sama para jemaah:-
Ertinya: Ya Tuhanku, sesungguhnya tanah haram ini adalah tempat nabi Engkau Muhammad SAW dan Engkau telah menjadikan ia tanah haram menerusi kenyataan lisan nabi Engkau SAW, maka aku pohonkan dengan kemuliaannya, jadikanlah dia sebagai perisai bagi diriku daripada api neraka dan keamanan daripada perhitungan yang tidak baik pada hari qiamat...
Alhamdulilah, setelah hampir 7 jam perjalanan, kami semua selamat tiba di Tanah Haram, Madinah Al - Munawarrah.."Ya Rasulullah kami rindu akan mu"...
Hati merasa sangat tenang, mendamaikan serta ditambah dengan kedinginan cuaca apabila kaki memijak bumi Tanah Haram Madinah Al- Munawarrah... Allahu Akhbar !!!
Kami sekeluarga mendaftar masuk di Mubarak Silver Hotel, Madinah Al- Munawarrah.
Dari hotel kami dah boleh nampak bumbung & Masjid Nabawi. Jarak dari hotel kurang dari 200 meter... Subhanallah !!!