Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat serta Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarga Baginda, Para Sahabat & mereka yang mengikutinya hingga hari kiamat.
Alhamdulilah, hasrat untuk berhenti dari kerja makan gaji kepada bekerja sendiri pada usia sebelum 40 tahun tercapai apabila menjadi Perunding Unit Amanah di Syarikat No. 1 di Malaysia iaitu Public Mutual.
Pada tahun 2010, saya bermula dengan separuh masa di Public Mutual sebagai Perunding Unit Amanah dan 2 tahun kemudiannya saya melakukan secara sepenuh masa dalam bidang Unit Amanah ini.
Alhamdulilah, walaupun secara separuh masa, namun saya tetap berpeluang melancong ke luar negara secara PERCUMA bersama Public Mutual. Latihan berkaitan kewangan dan Unit Amanah juga disediakan oleh pihak syarikat secara PERCUMA. Jika bayar pun serendah RM10.
Pelbagai pengalaman akan saya kongsikan & curahkan ke dalam blog saya, insyaAllah.
Terima kasih diatas kesudian meluangkan masa di blog saya.
Semoga sahabat2 sekalian senantiasa berada didalam lindungan kasih- NYA... Aamiin.
Wasallam ARJ :)