Kolam air panas semulajadi di Ayer Hangat Spa Village, Langkawi ini merupakan salah satu tarikan utama di Langkawi. Berbeza dengan kolam air panas yang terdapat di Malaysia, kebiasaannya kolam air panas yang terdapat di Malaysia merupakan air tawar tetapi di Ayer Hangat Spa Village sebaliknya, ia merupakan satu- satunya kolam air panas air masin semulajadi. Di Malaysia, hanya di Ayer Hangat Spa Village, Langkawi sahaja, manakala di seluruh dunia cuma ada 4 negara sahaja yang memiliki kolam air panas air masin semulajadi.
Cik. Yusniza, Pegawai yang bertugas di Ayer Hangat Spa Village, Langkawi, membawa Sahabat Media meninjau disekitar kawasan Ayer Hangat Spa Village dan kami berpeluang merendamkan kaki serta menikmati kehangatan di kolam air panas air masin dan berendam di dalam 'Jacuzzi' air masin.
Para pengunjung yang bercuti ke Langkawi, yang ingin merasai kelainan didalam kolam air panas air masin bolehlah mencuba di Ayer Hangat Spa Village Langkawi. Bagi yang ingin merasai jacuzzi pula, ada 12 bilik jacuzzi yang disediakan untuk para pengunjung. Selain daripada jacuzzi air masin semulajadi, refleksologi kaki dan perkhidmatan spa juga turut disediakan di Ayer Hangat Spa Village, Langkawi.
Caj untuk Jakuzi di Ayer Hangat Spa Village, Langkawi ini ialah Rm 159.00 bagi yang memiliki Mykad. Bagi pengunjung yang tidak memiliki Mykad, caj dikenakan sebanyak Rm 199.00 untuk tempoh selama satu jam. Bagi pengunjung yang cuma ingin rendam kaki di kolam air panas dan refleksologi disini ianya adalah percuma.
Kebaikan merendam kaki didalam kolam air panas air masin mahupun berendam didalam jacuzzi air masin merupakan salah satu rawatan kesihatan semulajadi jika diamalkan berterusan insyaAllah. Antaranya boleh mengurangkan tekanan, sakit sendi, melancarkan semula pengaliran darah dan pelbagai penyakit kulit.
Ayer Hangat Village Langkawi,
Km 16, Jalan Ayer Hangat,
Mukim Ayer Hangat,
07000 Langkawi,
Kedah, Malaysia.
Tel: 604- 959 1195
Email: ahv@ladaeco.my / ahvladaeco@yahoo
Fb: ayerhangat_spavillage
facebook.com/arj19
instagram: mrarj