Kawasan Konservasi Lembah Danum yang terletak di Lahad Datu, Sabah ini telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Perlindungan Kelas 1 oleh Dewan Undangan Negeri Sabah pada Tahun 1995.
Berkeluasan kira- kira 41, 782 hektar dan ia merupakan Hutan Hujan Tertua didunia, dimana lokasinya yang strategik terletak ditengah- tengah Hutan Tropika Borneo.
Kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna, Hutan Hujan yang cantik dan terjaga ini merupakan habitat bagi Orang Utan, Badak Sumatera, Pelanduk dan juga Harimau Akar. Pihak Media juga telah dimaklumkan bahawa sebanyak 270 spesis burung telah direkodkan di kawasan ini.
Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) dari Ibu Pejabat Putrajaya, Wilayah Persekutuan bersama dengan wakil Pihak Media daripada Sinar Harian serta Majalah LIBUR dan juga Jabatan Alam Sekitar, Cawangan Sabah telah mengadakan Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar ( JJMRAS ) Zon Borneo dengan melawat dan menjalankan beberapa aktiviti di Kawasan Konservasi Lembah Danum pada 19hb Disember 2014. Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar ( JJMRAS ) Zon Borneo, memulakan perjalanan dari Tawau Sabah, mengambil masa kira- kira 2 jam perjalanan untuk tiba di check- point pertama.
Perjalanan kemudiannya diteruskan dari check- point pertama ke Pusat Konservasi Lembah Danum dengan jarak kira- kira 64 kilometer. Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar ( JJMRAS ) Zon Borneo mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dengan melalui jalan yang tidak berturap dan berbatu tetapi masih lagi dalam keadaan yang baik.
Alhamdulilah, akhirnya Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar ( JJMRAS ) Zon Borneo tiba di Pusat Luar Lembah Danum. Pendaftaran masuk telah pun dibuat dan kemudian para peserta Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar ( JJMRAS ) dan pihak Media dibawa ke tempat penginapan berupa 'dorm' yang mana boleh menempatkan hampir 100 orang pada satu- satu masa.
Persekitaran Kawasan Konservasi Lembah Danum sahaja sudah cukup menggambarkan suasana yang cantik, indah serta menenangkan. Ia juga merupakan Eko- Resort yang terdapat di Negeri Sabah, dimana ia juga dikenali sebagai Borneo Rainforest Lodge Resort. Turut memiliki Rest House, Restoran, Chalet, Bar yang agak selesa.
Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar ( JJMRAS ) Zon Borneo tidak sabar untuk meneruskan aktiviti pada hari berikutnya iaitu 'Birdwatching'& Trekking ke Air Terjun Tembaling, kira- kira 3 kilometer dari Pusat Luar Lembah Danum. Dikhabarkan trekking tersebut akan mengambil masa hampir 2 jam. Disamping itu juga, pastinya banyak tumbuhan flora dan fauna yang bakal ditemui didalam Hutan Hujan ini. Pastinya ia bakal meninggalkan pengalaman serta kenangan indah oleh para peserta Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar ( JJMRAS ) dan pihak Media.
InsyaAllah kita akan bertemu lagi dilain masa. Kini masa untuk merehatkan badan selepas menghabiskan masa perjalanan selama 14 jam setengah bermula dari Lundu, Sarawak ke Kota Kinabalu, kemudian ke Tawau dan meneruskan perjalanan hingga sampai di Lembah Danum, Sabah. Selamat Malam...
facebook.com/arj19
instagram: mrarj