Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 70

LANGKAWI TOURISM AWARDS- LITA 2014

$
0
0



Majlis penyampaian anugerah bagi Langkawi Tourism Awards ( LITA ) yang berlangsung di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri ( MIEC ) merupakan satu pengiktirafan kepada semua penggiat industri pelancongan. Sebanyak 17 kategori yang dipertandingkan, dengan 1 anugerah istimewa. Majlis gilang- gemilang anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi ( LADA ) itu disempurnakan oleh Yang Berhormat, Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan 2.










  

Anugerah kali keempat anjuran LADA ( 2008, 2009, 2010 ) ini telah dihadiri hampir 1,000 pemain industri pelancongan termasuklah jabatan kerajaan, pengurusan hotel, pengusaha restoran, komuniti dan ramai lagi kata Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, LADA dalam ucapannya.














5 fokus utama yang dipertandingkan daripada 17 kategori iaitu kemudahan atau accomodation yang merangkumi Best 5 star, 4 star dan 3 star hotel. Bagi kategori restoran pula merangkumi 2 aspek iaitu Best Restoran dan  Best F&B Outlet. 3 aspek yang dinilai bagi Geopark ialah Best Geopark Experience, Best Geopark Community dan Best Geopark Practise. Aspek produk juga diambil kira seperti Best Hotel Based Spa, Best Tourism Attraction, Best Homestay dan Best Free Duty Business. Perkhidmatan atau Service pula merangkumi Best Tourist Guide, Best Boat Operator, Best Tour Operator, Best Taxi Driver dan Best Iconic Event.

















Majlis ini adalah merupakan salah satu platform bagi LADA dalam menghargai jasa dan pengorbanan semua penggiat industri pelancongan di Langkawi. Jelas YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah lagi, "Langkawi pada masa ini telah menjadi pilihan utama bagi pelabur apabila jumlah pelaburan di Langkawi telah pun melebihi sasaran dalam Blueprint Pelancongan Langkawi ( BPL ) iaitu sebanyak 6.3 bilion pada 2013".

Langkawi Tourism Awards ( LITA ) ini juga dapat membantu mereka meningkatkan jumlah pelancong yang akan menggunakan servis mereka selain daripada dapat meningkatkan kepercayaan pelancong dari dalam dan luar negara terhadap produk- produk pelancongan yang ditawarkan di Langkawi.



















facebook.com/arj19
instagram: mrarj





Viewing all articles
Browse latest Browse all 70