Pelayaran Islamik 3.0 merupakan satu- satunya pelayaran bersama Kapal Mewah Star Cruise Libra yang pertama di Malaysia dan juga di dunia. Bukan sekadar bercuti dan lari daripada kesesakan di ibukota, pelbagai aktiviti disediakan dan perkongsian ilmu bakal disajikan pada peserta- peserta yang mengikuti Pelayaran Islamik 3.0 ini.
Pelayaran Islamik 3.0 dijadualkan belayar pada 1hb Febuari 2015 hingga 4hb Febuari 2015. Ini merupakan waktu yang sesuai untuk bersama- sama orang tersayang kerana pada waktu tersebut merupakan cuti panjang (Hari Wilayah dan Thaipusam). Pelayaran ini mengambil masa 4 hari bermula dari Dermaga Swettenham di Pelabuhan Pulau Pinang menuju ke Phuket kemudian ke Krabi dan kembali semula ke Pulau Pinang.
Bukan setakat belayar semata- mata, Pelayaran Islamik 3.0 juga meliputi Ziarah, Ceramah dan Kuliah, Tazkirah bersama- sama Ustaz yang dijemput, Qiyamullail, Zikir dan Solawat, Majlis Makan Malam malah peserta berpeluang mempelajari mengetahui kedudukan kiblat di lautan serta Solat berjemaah diatas kapal.
Pelayaran Islamik 3.0 boleh dijadikan sebagai kenangan terindah bagi mereka yang ingin berhijrah, menjadikannya sebagai hadiah kepada kedua Ibu Bapa mereka, tidak terkecuali sebagai hadiah berbulan madu untuk pasangan suami/ isteri dan juga untuk merasai pengalaman berbeza bercuti di atas kapal mewah Star Cruise Libra di tengah lautan. Berpeluang melihat keindahan alam di tengah lautan terbentang luas ciptaan Allah SWT dan dapat melihat terbit matahari serta melihat terbenamnya matahari.
Pelayaran Islamik 3.0 ini juga, turut disertai oleh nama- nama besar dari Malaysia diantaranya Ustaz Badli Shah yang merupakan seorang penceramah bebas, Dato Hassan Mahmud Al- Hafiz juga seorang penceramah bebas, Dato' Dr. Hj Fadzilah Kamsah, seorang pakar motivasi yang popular dan juga turut sama didalam Pelayaran Islamik 3.0 ini iaitu Imam Muda Miril. Tidak ketinggalan Sheikh Abdelaziz Ghonim (Ahli Majlis Fatwa Al Azhar Tanta/ Ustaz Arab Kelate). Mereka semua akan turut serta bersama- sama dengan peserta sepanjang masa pelayaran tersebut.
Sebahagian daripada harga pakej bagi Pelayaran Islamik 3.0 ini akan disumbangan ke anak- anak yatim, tahfiz & juga fakir miskin. Dalam erti kata lain, disamping kita bercuti di atas kapal mewah Star Cruise Libra, kita juga turut beramal.
Pendaftaran hanya melalui ONLINE sahaja. Tiada mana- mana individu, agen, syarikat pelancongan, dealer, pemborong yang dilantik oleh pihak IntraTama dalam sebarang transaksi berkaitan Pelayaran Islamik 3.0 ini. IntraTama tidak bertanggungjawab dengan sebarang transaksi dan tuntutan yang dibuat selain dari laman web rasmi ini. https://pelayaranislamik.com/daftar/3/step1.php!
Sekiranya anda berminat untuk bersama- sama menyertai Pelayaran Islamik 3.0 ini, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di:
INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD (631893-A) (KPL 4104)
2-08, Jalan Prima SG 1
Prima Sri Gombak, Batu Caves
68100 Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : +603 6185 0010
Fax : +603 6189 9010
Email :