Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 70

MEET & GREET SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2015

$
0
0


Ketibaan Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin Ali di kawasan Luar Pintu Utama, Balai Ketibaan  Antarabangsa, KLIA Sepang disambut meriah oleh Tetamu Kehormat, EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Pihak Tourism Selangor serta wakil Media. Penari daripada berbilang kaum yang membawa Bunga Maggar dan juga Tarian Orang Asli Mahmeri turut mengiringi dan memeriahkan suasana.

Selepas melekatkan pelekat kereta Tahun Melawat Selangor (TMS) 2015 pada kenderaan (Airport Limosin), Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor terus menuju ke Kaunter Tourism Information Centre (TIC) bagi acara memotong riben menandakan perasmian Sesi "Meet & Greet" sempena Tahun Melawat Selangor 2015.

Program Tahun Melawat Selangor 2015 merupakan Program Dalam Tempoh Setahun untuk mereka meneroka dan mengalami keunikan menarik Negeri Selangor seperti kepelbagaian budaya dari sudut kepelbagaian aneka makanan, pakaian yang menarik dan masyarakat mesra rakyat yang menjadikan Selangor sebuah negeri menarik.











Tema "Discover Selangor atau Terokai Selangor' telah dipilih kerana Tahun Melawat Selangor 2015 merupakan masa yang tepat bagi pelancong untuk meneroka dan mengalami produk pelancongan melalui 3 aspek utama pelancongan negeri itu yang telah dikenal pasti termasuk Alam, Sukan & Acara Sukan dan Warisan. 

Kelip-kelip merupakan maskot Tahun Melawat Selangor 2015. Kelip- kelip telah dipilih sebagai produk dan tarikan pelancong di Negeri Selangor. Dengan gelaran "Mat Kelip", ia akan memakai topi, kasut dan memegang kamera untuk mencerminkan penggunaan pelancong ketika mereka melakukan aktiviti percutian dan perjalanan di negeri Selangor.










Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin Ali bersama tetamu kehormat yang lain dibawa ke Balai Ketibaan Antarabangsa bagi menyempurnakan acara memakaikan Kalung Rantai Orang Asli Mahmeri. Tidak ketinggalan YAB juga memberikan i-Tourism SIM Card kepada para pelancong yang baru tiba di KLIA Sepang.











Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin Ali bersama YB EXCO Pelancongan Negeri Selangor dibawa ke Pusat Informasi Pelancongan Tourism Malaysia bagi sesi Sidang Akhbar Tahun Melawat Selangor 2015 bersama wakil Media.

Tahun Melawat Selangor 2015 juga bertujuan mempromosikan negeri Selangor di dalam dan di luar Negara bagi memberikan pulangan pelaburan kepada semua rakan industri utama. Ia juga menetapkan sasaran dan standard dalam industri pelancongan negara bagi meningkatkan lagi produk dan perkhidmatan.









Penyampaian Cenderamata oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Pn. Elizabeth Wong kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin bin Ali turut disaksikan oleh Pengurus Besar Tourism Negeri Selangor, Puan Noorul Ashikin binti Mohd Din.

Tidak ketinggalan penyampaian Mock-Up Sim Card U365M Edisi Tahun Melawat Selangor 2015 oleh Unispace kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor. 













Tahun Melawat Selangor 2015 mensasarkan pelawat seramai 7 juta pelancong termasuk di dalam dan di luar negara. Sasaran ini dapat dicapai sekiranya semua pihak yang terlibat memainkan peranan serta memberi sokongan penuh termasuk daripada pihak Kerajaan Negeri, Tourism Malaysia, Agensi Pelancongan, Sektor Swasta dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Logo Tahun Melawat Selangor 2015 direka untuk menunjukkan konsep moden dan kontemporari. Pemilihan visual "Bunga Tanjung" dengan sembilan kelopak mencerminkan kepelbagaian tempat dan daerah di negeri Selangor. Kelopak bunga merah dan kuning adalah berdasarkan pada warna rasmi bendera negeri Selangor.




facebook.com/arj19
instagram: mrarj







Viewing all articles
Browse latest Browse all 70