Terletak didalam kawasan Hutan Hujan Tertua di dunia dan di Kawasan Konservasi Lembah Danum, Air Terjun Tembaling, Sabah ini boleh dikategorikan antara yang terbaik masih terjaga, cantik persekitarannya, deras dan sejuk airnya malah jernih dan bersih.
Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) anjuran Jabatan Alam Sekitar, Bahagian Komunikasi Strategik, Putrajaya bersama- sama Jabatan Alam Sekitar, Zon Borneo Sabah bersama- sama wakil Media diberi peluang untuk menikmati dan merasai pengalaman trekking dan mandi- manda di Air Terjun Tembaling.
Jika datang dari Tawau, Sabah dengan menggunakan perjalanan darat dan ia mengambil masa kira- kira 3 jam perjalanan menuju ke Kawasan Konservasi Lembah Danum. Untuk ke Air Terjun Tembaling dari Pusat Luar Konservasi Lembah Danum, masa yang diperlukan semasa trekking sekitar 2 jam bagi mereka yang biasa- biasa seperti saya yang sememangnya bukan kaki trekking mahupun kaki bukit atau kaki gunung. Hahaha !!!
Penat trekking selama 2 jam menyusuri Lembah Danum, hilang apabila kami nampak Air Terjun Tembaling di hadapan kami. Masing- masing diantara kami tidak sabar untuk membasahkan diri yang sememangnya basah hasil daripada peluh mendaki. Kami tak perlu menunggu lama untuk terjun merendamkan diri ke dalam kolam air terjun.
Bagi mereka yang menggemari aktiviti trekking, mendaki bukit dan mendaki gunung jarak 3 kilometer adalah sekitar 45 minit sahaja. Seronok sangat sampai tak perasan hampir 2 jam kami mandi manda. Yang pastinya jika diberi kesempatan untuk datang lagi ke Air Terjun Tembaling, pasti tidak akan ditolak, insyaAllah.
facebook.com/arj19
instagram: mrarj