Quantcast
Channel: anakjantan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 70

KOH LIPE !!

$
0
0


Sebut sahaja ingin bercuti di pulau sekitar Thailand, pastilah nama Krabi, Phuket dan juga Trang merupakan pilihan utama kerana nama ini cukup sinonim dengan pulau- pulau yang indah, cantik dan sering dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia.

Satu lagi kawasan yang menjadi tumpuan tika ini ialah Satun. Ia terletak di Selatan Thailand dengan jaraknya kira- kira 973 kilometer dari Bangkok dan 30 kilometer dari sempadan Wang Kelian, Perlis. Ia juga mempunyai beberapa buah pulau yang cantik serta menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Salah satu pulau tersebut ialah Koh Lipe








Terletak di Laut Andaman, Koh Lipe juga terkenal dengan kejernihan airnya berwarna hijau dan biru serta kehalusan pasir pantainya yang memutih. Terdapat 3 lokasi utama di Koh Lipe iaitu Pattaya Beach, Sunrise Beach dan Sunset Beach. 




Perjalanan kami bermula dari Hotel Sinkiat Buri di Satun menuju ke Jeti Pak Bara. Tepat jam 9.30 pagi waktu tempatan, kami menaiki Speed Bot ‘Ploysiam’  yang boleh memuatkan hampir 40 orang penumpang pada satu- satu masa dan menuju ke Koh Lipe. Perjalanan meredah ombak di Laut Andaman itu sejauh 83 kilometer dan mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Jika pelancong dari Malaysia ingin ke Koh Lipe, ia juga boleh menaiki Feri dari Jeti di Pulau Langkawi.

Sesudah 1 jam perjalanan, kami berhenti seketika di destinasi pertama kami iaitu Koh Khai. Batu semulajadi berbentuk seperti ‘pintu gerbang’ ini merupakan simbol atau mercu tanda bagi Taman Negara Tarutao. Koh Khai merupakan sebuah pulau kecil dengan pasir pantai yang putih dan halus, kejernihan dan kebiruan airnya menyerlahkan lagi keindahan persekitaran Koh Khai. Walaupun hanya 30 minit kami berada di Koh Khai, namun ia sudah cukup untuk meninggalkan kenangan.











Alhamdulilah, kami tiba di Jeti Koh Lipe 30 minit kemudian dan bertukar menaiki bot penambang untuk ke tepi pantai. Bayaran untuk bot penambang ialah 50 Baht. Ia mengambil masa kurang dari 10 minit. Cantik, Koh Lipe sememangnya sangat cantik. Mata terpaku seketika dek penangan keindahan Koh Lipe. Hati melonjak kegembiraan bagi kami yang pertama kali datang menjejakkan kaki di Koh Lipe.










Di  Koh Lipe, hampir 50 tempat inapan yang boleh didapati daripada serendah- rendah bajet seperti Guesthouse, Banglo, Resort hingga ke Hotel.

Bagi pelancong yang ingin mendapatkan khidmat kenderaan untuk dibawa ke resort penginapan atau berjalan- jalan di sekitar Koh Lipe, bolehlah menyewa kenderaan 'pacuan empat roda'& juga 'teksi' yang disediakan. Bayaran bergantung kepada jarak destinasi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Koh Lipe dan kawasan- kawasan yang sekitarnya, boleh layari laman web dan hubungi Tourism Authority of ThailandAmazing Thailand...











Jeti Dari:

Pak Bara ke Koh Lipe.
Pulau Langkawi ke Koh Lipe.


Masa Feri Beroperasi :

Adang Sea Tours.
9.00 a.m
10.00 a.m

Speed Boat Company Limited.

11.00 a.m
11.30 a.m
01.00 p.m
01.30 p.m



Bayaran Feri:
Sehala: 750 Baht.
Pergi Balik: 1,200 Baht.

Bayaran Bot Penambang:
Sehala: 50 Baht.





facebook.com/arj19
instagram: mrarj








Viewing all articles
Browse latest Browse all 70